suria

Perdana Menteri Kuwait Didesak Letak Jawatan

KUWAIT: Ahli Parlimen Kuwait dan kumpulan aktivis pada Jumaat menggesa Perdana Menteri, Sheikh Nasser Mohammad al-Ahmad Al-Sabah meletak jawatan berhubung penularan kegiatan rasuah yang semakin serius dan kemerosotan pentadbiran.

“Kegiatan rasuah di bawah pimpinan Sheikh Nassar semakin serius dan pentadbiran negara boleh terjejas akibat masalah tersebut,” kata ahli Parlimen Islamis, Faisal al-Muslim.

Sejak Sheikh Nasser dilantik sebagai Perdana Menteri pada tahun 2006, beliau menerima banyak desakan agar meletak jawatan dari pihak pembangkang. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain