suria

1,400 Jadi Tetamu Raja Saudi Untuk Mengerjakan Haji

KUALA LUMPUR: Sejumlah 1,400 jemputan dari seluruh dunia akan menjadi tetamu Penjaga Dua Masjid Utama, Raja Abdullah bin Abdulaziz Al Saud untuk mengerjakan Haji tahun ini menerusi Program Tuan Rumah negara itu.

Saudi Press Agency dalam satu kenyataan di sini, Khamis berkata, program itu dikendalikan setiap tahun oleh Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwa dan Panduan Arab Saudi.

"Jumlah jemaah haji jemputan kini mencecah 18,000 sejak program itu mula dilancarkan," kata kenyataan itu.

Ia menerangkan inisiatif diraja itu membuktikan hasrat dan perhatian diberikan Raja Saudi terhadap umat Islam seantero dunia.

Antara negara yang telah mendapat undangan di bawah program itu ialah Malaysia, Indonesia, Thailand, Jepun, Sri Lanka, Sudan Selatan dan beberapa negara Afrika. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain