suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

ISA Masih Relevan Kepada Singapura - Teo

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Singapura Teo Chee Hean berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih relevan di republik itu.

Beliau berkata kerajaan menggunakan ISA dengan niat baik bagi menjaga keadaan keselamatan bagi memastikan Singapura selamat dan rakyatnya terjamin.

"Singapura ialah negara kecil yang yang boleh terjejas akibat pengaruh dan kuasa yang bertembung di sini. Banyak ancaman boleh menjejaskan keselamatan Singapura.

"Ia termasuk keganasan, subversif, perkauman, ekstrimis agama serta pengintipan, dan ancaman yang tidak dijangkakan yang mungkin muncul," kata Teo yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional dalam ucapan di Parlimen, Rabu.

Singapura seolah-olah mengalami tekanan berikutan langkah Malaysia memansuhkan ISA di negara itu.

Sejak pengumuman mengenai pemansuhan ISA di Malaysia, isu itu hangat dibincangkan dalam kalangan ahli akademik, pembangkang, individu, penganalisis dan sesama pemilik blog atau netizen.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemansuhan dua undang-undang kontroversi yang membolehkan tahanan tanpa perbicaraan - ISA dan Ordinan Darurat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain