suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

100 Bilion Baht Diperlukan Untuk Pulihkan Thailand

BANGKOK: Sekurang-kurangnya 100 bilion Baht (kira-kira RM10 bilion) diperlukan untuk memulihkan Thailand yang dilanda banjir paling buruk dalam beberapa dekad, kata Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

Beliau berkata bajet itu adalah bagi memulihkan sektor ekonomi, industri dan pertanian negara tersebut selain membantu mangsa banjir.

"Kerajaan akan mengkaji polisinya bagi merangsang ekonomi setelah ditimpa bencana banjir," katanya selepas menerima sumbangan dan peralatan bantuan banjir di Pusat Kawalan Operasi Bantuan Banjir di Don Mueng di sini.

Sebahagian daripada bajet yang diperlukan boleh diperoleh daripada sumber lain seperti pinjaman, kata Yingluck sambil menambah jumlahnya belum ditentukan.

Perdana Menteri berkata kerajaan dan Bank Thailand masih mengira bajet sebenar yang diperlukan bagi memulihkan negara.

Kira-kira satu pertiga daripada Thailand kekal dibanjiri, dengan sejumlah 2.3 juta penduduk dari lebih 10,000 kampung di 24 wilayah di kawasan utara dan tengah terjejas akibat banjir yang melanda negara itu secara berperingkat mulai 25 Julai lepas.

Lebih 900 kilang yang mempunyai 200,000 pekerja terjejas akibat dilanda banjir yang turut meragut 300 nyawa. - BERNAMA

Artikel Lain