suria

10 Maut, 33 Cedera Bas Pelancong Terbalik di China

BEIJING: Seramai 10 orang maut dan 33 mengalami kecederaan apabila sebuah bas pelancong yang membawa ramai penumpang warga emas terbalik ketika melalui lebuh raya di selatan China, petang Ahad.

Tayar bas yang membawa 49 penumpang itu mungkin meletup menyebabkan kenderaan berkenaan terbalik dalam kejadian berdekatan bandar Zangjiajie.

Lebuh raya di China memang berbahaya kerana jumlah pemilik kereta dan kekerapan melancong pada beberapa tahun lalu meningkat memandangkan pendapatan juga naik.

Pada awal bulan ini, 35 mati selepas sebuah bas dan kereta bertembung di utara bandar pelabuhan Tianjin. - AP

Artikel Lain