suria

Tentera AS Tinggalkan Iraq Hujung Tahun Ini - Obama

WASHINGTON: Presiden Barack Obama, pada Jumaat berkata semua tentera Amerika Syarikat (AS) dijangka meninggalkan Iraq pada penghujung tahun ini.

Keputusan itu dibuat selepas Iraq gagal mencapai persetujuan undang-undang bagi memberikan kekebalan kepada kumpulan kecil pasukan keselamatan AS yang akan memberikan latihan ketenteraan kepada rakyat negara itu.

Obama berkata, tentera AS yang terakhir boleh meninggalkan Iraq dengan perasaan bangga. Selepas hampir sembilan tahun, angka kematian membabitkan tentera AS melebihi 4,400, ribuan rakyat Iraq dan jumlah perbelanjaan yang mencecah bilion. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Biodata Muammar Gaddafi

Artikel Lain