suria

Letupan Lombong Arang Batu: 13 Maut

BEIJING: Sekurang-kurangnya 13 maut dalam satu letupan di sebuah lombong arang batu, lapor agensi berita Xinhua pada Rabu.

Agensi berita itu yang memetik kenyataan kerajaan melaporkan kejadian terbaru yang melanda industri itu berlaku di lombong arang batu Chongqing Isnin lalu ketika 16 pelombong sedang bekerja.

Xinhua berkata, tiga pelombong berjaya menyelamatkan diri dan polis menahan enam orang yang mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut. - REUTERS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain