suria

Lagi Guru Maut Ditembak Dan Dibakar Dekat Selatan Thailand

YALA: Seorang guru ditembak mati dan mayatnya dibakar oleh puak penentang di selatan Thailand, kata polis pada Rabu.

Guru beragama Buddha berusia 37 tahun itu ditembak sebanyak tiga kali dekat daerah Raman di sini pada tengahari Selasa semasa menaiki motosikal ke sebuah kelas khas pada hari cuti bagi orang Islam selatan Thailand, kata polis.

Mangsa merupakan guru ke 146 yang terbunuh sejak berlakunya pemberontakan di selatan Thailand bermula pada tahun 2004, mengakibatkan 4,700 orang Islam dan Buddha hilang nyawa.

Para pengkritik menyalahkan kerajaan Thailand yang gagal menangani kesusahan hidup orang Melayu Thailand termasuklah salah laku yang dilakukan anggota tentera, kurangnya hormat kepada identiti bangsa, bahasa dan agama penduduk.

Pekerja dalam bidang pendidikan dilihat sebagai simbol kekuasaan kerajaan menjadi sasaran utama serangan di wilayah yang mempunyai majoriti penduduk bergama Islam itu.

Pihak pemberontak melihat sistem sekolah sebagai usaha Bangkok menerapkan budaya Buddha di wilayah selatan Thailand itu. -AFP

Artikel Lain