suria

Selepas Adik Presiden Hamid Karzai Kini Datuk Bandar Kandahar Pula Mati Dibunuh

KANDAHAR: Datuk Bandar Kandahar, Ghulam Haidar Hameedi yang merupakan sekutu rapat Presiden Afghanistan, Hamid Karzai, mati dibunuh oleh seorang pembunuh berani mati yang meletupkan bom yang disembunyikan di dalam serbannya.

Allahyarham berusia 65 tahun.

Kejadian itu berlaku, kurang lebih dua minggu selepas adik Karzai mati dibunuh oleh pengawal keselamatannya sendiri.

Dia terbunuh ketika sedang berbual dengan beberapa penduduk tempatan di luar pejabat Dewan Bandaran, kata Ketua Polis Kandahar, Abdul Razeq kepada agensi berita AFP.

Puak Taliban dengan segera mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Bandar Kandahar adalah merupakan tempat kelahiran Presiden Karzai.

Hameedi, yang selama ini bermastautin di Amerika Syarikat hanya kembali semula ke Afghanistan pada tahun 2006 selepas bersetuju untuk menerima latikan sebagai datuk bandar.

Selain Hameedi, yang sebelum ini pernah terselamat daripada serangan bom pada tahun 2009, dua orang timbalannya turut mati dibunuh pada tahun lalu.

Artikel Lain