suria

PM Lebanon Akhirnya Dapat Bentuk Barisan Kabinet

BEIRUT: Perdana Menteri Lebanon yang baru, Najib Mikati akhirnya pada Isnin mengumumkan pembentukan kabinet barunya yang dianggotai 30 menteri yang menyaksikan Hezbollah dan sekutunya menguasai majoriti anggota kabinet.

Najib yang merupakan seorang usahawan yang bertaraf billionnaire dari kelompak Suni sebelum terpilih sebagai perdana menteri hanya baru dapat membentuk barisan kabinetnya lima bulan selepas kerajaan campuran sebelum ini tumbang.

Ini terjadi kerana kebanyakan puak tidak dapat mencapai kata sepakat tentang komposisi anggota kabinet yang bakal dibentuk oleh kerajaan baru Lebanon itu.

Ia termasuklah siapa yang patut menyandang jawatan-jawatan penting dan kritikal untuk politik Lebanon seperti menteri dalam negeri, menteri undang-undang dan juga telekomunikasi.

Najib sebelum ini telah berikrar bahawa kabinetnya akan diwakili oleh setiap kepentingan rakyat Lebanon.

Pemimpin yang beliau ganti, Saad Hariri - iaitu yang disokong oleh dunia Barat tetapi tidak oleh puak-puak yang menguasai politik Lebenon, telah dipaksa melepaskan jawatannya Januari lalu selepas Hezbollah dan sekutunya menarik diri dari kerajaan campuran.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain