suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isu Kepulauan Spratly: Malaysia Akan Berunding Dengan Negara Asean

BEAUFORT: Kerajaan Malaysia akan mengadakan forum serta rundingan dengan negara Asean berhubung isu pertindihan tuntutan terhadap Kepulauan Spratly di Laut China Selatan, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata penyelesaian tuntutan ke atas Kepulauan Spratly perlu dibuat antara kerajaan China, Taiwan, Vietnam, Malaysia dan Filipina.

"Namun, kerana tiadanya perundingan yang berkesan, maka negara-negara yang berhak ke atas gugusan kepulauan ini tidak dapat ditentukan," katanya selepas majlis penyerahan Komputer 1Malaysia dan merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Parlimen Kimanis di Dewan SMK Membakut dekat sini Ahad.

Anifah mengulas tuntutan eksklusif China baru-baru ini terhadap kepulauan tersebut dan perairan sekitarnya.

Kepulauan Spratly terdiri daripada lebih 100 pulau kecil atau terumbu di tengah-tengah Laut China Selatan, berhampiran Malaysia, Filipina, Vietnam, China dan Brunei.

Ia menjadi rebutan semua negara berkenaan yang mempertahankan tuntutan masing-masing ke atas kepulauan itu, yang dikatakan berada di atas pentas benua dan mengandungi petroleum serta gas asli. - BERNAMA

Artikel Lain