suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Sekeluarga Di Iraq Dibunuh Dua Lelaki Bersenjata

SAMARRA (Iraq): Lima sekeluarga yang mengamalkan mazhab Sunni ditembak mati dua lelaki bersenjata api di rumah mereka pada awal pagi Sabtu dekat utara Baghdad, demikian menurut beberapa pegawai perubatan dan keselamatan.

Motif keluarga yang mendiami sebuah rumah di perkampungan Al-Jalam dekat wilayah Salaheddin tersebut diserang belum dapat diketahui, kata mereka.

"Dua lelaki bersenjata itu menyerbu masuk rumah milik Yumnis Hassan Salman selepas tengah malam kemudian membunuh Yumnis, isteri, dua anak lelaki dan seorang anak perempuannya sebelum melarikan diri," kata seorang anggota tentera berpangkat Leftenan yang enggan namanya disiarkan.

Seorang doktor sebuah hospital di ibu negeri wilayah tersebut mengesahkan jumlah kematian dan mengatakan kesemua mangsa meninggal dunia akibat luka tembakan.

Salman merupakan seorang guru sekolah rendah, di sini.

Kawasan Arab Sunni dekat wilayah Salahuddin sering berlaku pertempuran semenjak pencerobohan tentera diketuai Amerika Syarikat (AS) yang menjatuhkan rejim Saddam Hussein.

Kadar jenayah di seluruh Iraq jatuh mendadak sejak 2006 dan 2007 namun serangan-serangan bersenjata masih sering berlaku.

Menurut angka rasmi, seramai 117 rakyat Iraq terbunuh dalam beberapa kes jenayah yang berlaku sepanjang Mei. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain