suria

Rogol Dan Rompak: Lapan Remaja Dihukum Penjara

HANOI: Sebuah mahkamah di sini menjatuhkan hukuman penjara sehingga 30 tahun terhadap lapan orang remaja yang didapati bersalah memperdaya beberapa wanita masuk ke hotel kemudian merogol secara beramai-ramai dan merompak mangsa.

Akhbar tempatan, Tuoi Tre berkata dalam laporannya pada Sabtu bahawa ketua kumpulan tersebut, seorang remaja perempuan berumur 15 tahun dihukum penjara selama 12 tahun sementara teman lelakinya,19 dikenakan hukuman 30 tahun penjara di akhir perbicaraan yang berjalan selama dua hari pada berakhir Jumaat.

Enam remaja lelaki yang lain dijatuhkan hukuman antara empat hingga 30 tahun penjara di atas kesalahan yang sama.

Mereka dijatuhkan hukuman di atas kesalahan merogol tiga mangsa perempuan dalam kejadian berlainan yang dilakukan selama lima hari pada Julai tahun lalu selepas memperdaya mangsa di internet lalu membawa mereka ke bilik hotel.

Remaja-remaja itu juga dihukum di atas kesalahan jenayah lain seperti mencuri motosikal, telefon bimbit dan wang mangsa. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain