suria

Rampasan Dadah Terbesar Tahun Ini di Mexico

TIJUANA (Mexico): Pihak berkuasa Mexico berkata mereka telah berjaya merampas 105 tan marijuana di sini semalam (Isnin) iaitu sebuah bandar sempadan negara dengan Amerika Syarikat.

Ia merupakan rampasan terbesar dadah tahun ini. Sejak Kerajaan pimpinan Presiden Felipe Calderon melancarkan perang habis-habisan ke atas kartel dadah pada tahun 2006, dengan mengerahkan 50,000 anggota keselamatan lebih 28,000 nyawa telah terkorban.

Jeneral Alfonso Duarte dipetik sebagai berkata, pihak polis telah merampas 130 tan marijuana dalam tempoh tiga tahun di daerah Baja California yang bersempadan dengan Amerika Syarikat.

Malah tahun ini sahaja, katanya, pihak berkuasa telah berjaya menemui dan memusnah berpuluh-puluh terowong yang dibina untuk menyeludup keluar marijuana ke Negeri California di Amerika Syarikat.

Dalam operasi yang dijalankan semalam, beliau berkata, pihak polis berjaya menumpaskan percubaan untuk menyeludup 10,000 paket marijuana yang dianggarkan bernilai AS$335 juta. Jumlah itu dapat dijual dengan harga sekali ganda di Amerika Syarikat.

Artikel Lain