Kumpulan Baju Merah Tumpah Darah Di Pejabat PM - Dunia | mStar

Kumpulan Baju Merah Tumpah Darah Di Pejabat PM

BANGKOK: Penyokong Kumpulan Baju Merah telah mencurahkan darah anggota kumpulan itu di Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri di sini hari ini dalam usaha mendesak kerajaan membubarkan Parlimen.

Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di kawasan Rumah Kerajaan itu, yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan, dan selepas rundingan dengan pihak polis, hanya 100 wakil dibenarkan melakukan tindakan mencurahkan darah anggota mereka.

Kumpulan anti kerajaan itu, yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, dipimpin oleh Nattawut Saikua dan Jatuporn Prompan dari Barisan Bersatu Bagi Demokrasi Menentang Pemerintahan Diktator (UDD).

Mereka mengambil masa 20 minit untuk mencurahkan bekalan darah itu di tiga pintu masuk Rumah Kerajaan pada pukul 5 petang tadi.

"Kami tidak sengaja mencurahkan darah kami. Kami tuang darah kami di atas tanah ibu pertiwi kami kerana darah ini adalah dari orang biasa yang tidak mendapat penghakiman dan keadilan," kata Nattawut ketika berucap dari atas pentas bergerak dekat Rumah Kerajaan sebelum majlis itu.

Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva tidak berada di pejabatnya ketika kejadian itu berlaku. Bekalan darah itu didermakan oleh penunjuk perasaan dari kumpulan itu pagi tadi.

Selepas itu, kumpulan itu bergerak ke ibu pejabat parti pemerintah, Demokrat, di Jalan Setthasiri di sini untuk upacara yang sama.

Tindakan kumpulan itu adalah terbaru dalam mendesak Abhisit meletak jawatan atau membubarkan Parlimen selepas kerajaan menolak tuntutan tempoh 24 jam yang diberikan oleh mereka.

Seorang penunjuk perasaan, Thawee Pannawi, 50, seorang petani dari timur laut negara itu, berkata beliau bangga untuk menderma darahnya kerana boleh membantu rakyat yang tertindas.

"Saya boleh derma darah untuk demokrasi. Cara ini adalah aman untuk memperjuangkan demokrasi," kata seorang lagi penunjuk perasaan berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenal sebagai Or. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain