suria

Tiba-tiba meracau cakap Cina, dua sahabat kena usik ketika lalu kawasan Bukit Kelicap... Mujur tak ikut masuk dalam istana lama

Dua sahabat itu diganggu jin Cina ketika melalui kawasan Bukit Kelicap yang merupakan 'penempatan komuniti' makhluk tersebut. Gambar hiasan

AKIBAT dikatakan tidak menghormati makhluk lain daripada alam ghaib, sepasang sahabat berdepan 'gangguan', sebagai pengajaran.

Kisah mereka itu diceritakan semula oleh seorang lelaki bernama Saif di laman Twitter, di mana ia dialami oleh rakannya sendiri.

Menurut Saif, kejadian berlaku ketika rakannya dalam perjalanan dari Pontian menuju ke Batu Pahat, Johor untuk mengambil stok barang.

"Kisah bermula pukul 2 pagi, kawan aku ni memang selalu ulang alik dari Pontian ke Batu Pahat.

"Waktu kerja pun tak menentu. Jadi ada masanya dia kena pergi ambil stok barang kat Batu Pahat tengah-tengah pagi buta.

"Macam biasa, laluan setiap kali nak sampai ke bandar Batu Pahat tu agak gelap lagi-lagi kalau tengah malam. Waktu tu kawan aku ni berdua dengan seorang lagi budak tempat kerja dia," kongsi Saif.

ARTIKEL BERKAITAN: Penemuan 10 khazanah purba ini gemparkan dunia... hayati kisah misteri di sebaliknya

Sungguhpun perjalanan hanya mengambil masa sekitar sejam, namun disebabkan waktu awal pagi, rakan sepejabat yang bertindak sebagai pemandu kedua sempat melelapkan mata seketika.

"Tepat pukul 2 pagi waktu dia lalu je kawasan selekoh tu, dia ada ternampak kelibat lembaga perempuan yang berpakaian tradisional. Tapi yang peliknya pakaian tradisional tu bukan macam pakaian baju tradisional orang Melayu. Tapi lebih kepada macam dalam filem opera Cina.

hantu 1

Kedua-dua sahabat berkenaan disampuk jin Cina kerana tidak menghormati 'komuniti' berkenaan ketika melalui kawasan mereka. Gambar hiasan

"Disebabkan kawan aku ni malas nak ambil pusing sebab dia fikir mungkin mata dia yang silap tengok. Mungkin juga sebab dia mengantuk sangat. Iyalah dah pukul 2 pagi kot. Jalan pun memang gelap je.

"Tapi dalam tak nak ambil pusing tu, dia rasa takut juga. Cepat-cepat dia kejutkan kawan dia yang dah lena tertidur kat sebelah," ceritanya.

Namun apa yang mengejutkan, rakan sepejabatnya menunjukkan tingkah laku yang aneh apabila tiba-tiba bertutur dalam bahasa Cina dan berselang seli dengan bahasa Melayu pelat Cina.

"Lu takut ah? Siapa suruh lu lalu kawasan ini? Ini tempat saya ma. Kawan aku tak cerita banyak, dia terus pecut kereta laju sampai ke bandar Batu Pahat.

"Dalam 10 minit macam tu, kawan aku punya kawan ni terus tersedar dari tidur. Dia bangun tidur tu seolah-olah macam tak ada apa yang jadi pun," kongsinya.

Disebabkan takut, rakan Saif mengambil keputusan untuk bermalam di sebuah hotel di Batu Pahat dan bertolak semula ke Pontian pada keesokan harinya.

Malah kejadian aneh yang berlaku sebentar tadi juga tidak diceritakan kepada sahabatnya.

"Dalam pukul 4 pagi macam tu, kawan aku cuba nak lelapkan mata dekat hotel tu. Bila dah terlelap je, benda pelik seterusnya pun jadi. Kawan aku ni mimpi seolah-olah dibawa ke kawasan hutan yang penuh dengan komuniti Cina.

"Tapi apa yang seramnya, dalam mimpi tu semua pandang dia semacam dengan mata merah. Bau pelik dekat kawasan tu pun kuat. Dia cuba baca ayat-ayat yang dia ingat dalam mimpi tu, tapi mulut macam terkunci.

hantu 3

Rakan Saif menolak ajakan wanita Cina yang ditemuinya untuk masuk ke dalam istana lama. Gambar hiasan

"Sampai dekat penghujung hutan, dia nampak macam satu istana lama besar. Tapi dia tak masuk. Bila pandang pintu istana tu, dia nampak perempuan yang berpakaian tradisional tu! Yesss! Perempuan yang dia nampak dekat selekoh jam 2 pagi tadi.

"Perempuan tu melambai-lambai panggil kawan aku masuk istana tu. Tapi kawan aku tak nak. Dia menjerit-jerit sampailah tiba-tiba dia dikejutkan oleh kawan kerja dia," kongsinya.

Rakan Saif kemudian menceritakan mimpi yang dialaminya, serta kejadian aneh yang berlaku sekitar kawasan Bukit Kelicap ketika dia memandu sebentar tadi kepada rakan sekerjanya.

Selepas ditanya sama ada dia melakukan sesuatu ketika memandu, rakan Saif berkata dia hanya menyanyi dan memasang radio untuk menghilangkan kesunyian.

"Hmm patutlah. Benda tu marahlah tu kau buat bising bila lalu tempat dia. Dah ramai kena dekat situ. Tapi baik kau pergi ambil wudhu sebelum tidur.

"Jadi itulah puncanya kawan aku ni kena kacau. Mujur gangguan yang dia kena tak adalah terlalu ekstrem," kongsinya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain