suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

4 buah Bugatti Veyron bernilai RM14.3 juta dirampas, dipercayai ada kaitan dengan 1MDB

Kereta mewah itu dirampas di sebuah fasiliti simpanan peribadi.

EMPAT buah kereta super Bugatti Veyron edisi khas, dikatakan mempunyai kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), telah dirampas polis Jerman di Munich awal minggu ini.

Menurut akhbar Jerman Bild, kereta mewah itu dirampas di sebuah fasiliti simpanan peribadi.

Empat kereta itu adalah versi Rembrandt, Black Bess, Jean-Pierre Wimille dan Meo Constantini, masing-masing bernilai kira-kira AS$3 juta (RM14.3 juta).

“Kereta ini jarang dijual dan tidak biasa ditemui di lelongan awam.

“Ia dikesan dan disita oleh Jabatan Siasatan Jenayah 7, yang pakar dalam jenayah kolar putih,” lapor Bild.

Tambah laporan itu, kereta-kereta berkenaan diletakkan di Motorworld Munich semasa pameran automotif.

Skandal 1MDB sebelum ini melibatkan ramai personaliti terkenal, termasuk ahli politik dan selebriti, dari pelbagai negara. - The Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain