suria

Lelaki maut, lori dinaiki rempuh belakang treler bawa gula

Keadaan kemalangan membabitkan lori dan treler.

TRAGIS.

Seorang lelaki maut selepas lori yang dinaiki merempuh bahagian belakang sebuah treler yang membawa muatan gula di Lebuh Raya Utara-Selatan Kilometer 195.3 (arah selatan), pagi Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 pagi itu, mangsa, Muhamad Yusry Azman, 24, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, sebelum kejadian treler terbabit yang dalam perjalanan dari Alor Setar di Kedah menghala ke Batu Pahat, Johor mengalami kerosakan pada bahagian enjin dan berhenti di lorong kecemasan.

“Tidak lama kemudian datang lori dinaiki mangsa yang dipandu lelaki berusia 24 tahun dan melanggar bahagian belakang kanan treler terbabit.

“Akibat rempuhan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan, manakala pemandu mengalami luka-luka dan mendapatkan rawatan di zon hijau,” katanya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain