suria

Lelaki terpijak paku ketika joging… Naya, memang ditanam sepanjang laluan!

Kaki rakannya terpijak paku ditanam di tepi jalan.

UNGKAPAN malang tidak berbau sering digunakan apabila seseorang itu terlibat dalam insiden buruk atau kemalangan.

Turut berdepan perkara sama, seorang lelaki berkongsi pengalaman rakannya terpijak paku semasa sedang joging di sekitar Bandar Country Homes, Rawang, Selangor pada Sabtu.

Menerusi hantaran di laman Facebook, dia yang menggunakan akaun Elan Lee menyatakan paku tersebut telah ditanam di bahu jalan.

"Hati-hati sahabat di Rawang, Bandar Country Homes, ada orang gila tanam paku tepi jalan!

"Naya geng running aku cedera terpijak paku. Polis report done! Semoga perbuatan khianat ni dibalas dengan lagi teruk," luahnya dalam nada geram dan marah.

Kesan luka pada kakinya akibat terpijak paku semasa membuat larian.

Kesan luka pada kakinya akibat terpijak paku semasa membuat larian.

Pada masa sama, Elan Lee turut memuat naik beberapa keping gambar termasuk keadaan kaki rakannya yang cedera.

Malah katanya, berdasarkan perkongsian beberapa keping gambar, kelihatan jelas beberapa batang paku ditanam di sepanjang laluan tepi jalan berkenaan.

Nampak macam nak bagi tayar pancit je ni.

WARGA MAYA

Dia turut memuat naik tangkap layar status rakannya yang menjadi mangsa perbuatan khianat itu.

Difahamkan, rakannya ingin membuat larian pada jarak 10 kilometer namun hasratnya terbantut selepas kakinya terpijak paku sehingga mengakibatkan dia jatuh tersungkur.

"Nak buat 10km tapi kaki terpijak paku dan tersungkur angkara perbuatan khianat manusia, sedih bukan sebab cedera tapi sebab tak dapat habiskan lari.

Warga maya turut memberikan reaksi masing-masing.

Warga maya turut memberikan reaksi masing-masing.

"Sederet paku dia tanam kat bahu jalan. Apa yang terkandung dalam pemikiran dan hatimu masa kau tanam paku ni?" soal rakannya di laman Instagram.

Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya.

Ramai yang meluahkan rasa geram dan marah kerana sikap penting diri serta tidak bertanggungjawab yang turut membahayakan nyawa orang lain.

"Semoga cepat sembuh. Ni kalau kena orang tua ada diabetes memang naya.

"Jika rezeki dapat dicekup manusia tu, bolehlah kita berjemaah tolong pakukan tapak kakinya ke lantai bumi.

"Nampak macam nak bagi tayar pancit je ni," ujar beberapa warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain