suria

Penemuan 10 khazanah purba ini gemparkan dunia... hayati kisah misteri di sebaliknya

Penemuan misteri artifak bersejarah ini masing-masing memiliki cerita tersembunyi yang menambah pengetahui kita terhadap zaman purba. - Gambar Sekadar Hiasan.

AHLI arkeologi kini giat mencari gali semula artifak tersembunyi dan tahun ini sahaja mereka membuat beberapa penemuan yang tidak hanya mengagumkan malah membongkar pelbagai kisah misteri di sebaliknya.

Tahun 2021 membuktikan ahli sejarah mampu menemui pelbagai penemuan tersembunyi tidak kira di bandar yang telah ditenggelami air, kepada penemuan arena gladiator, penggalian tulang raksasa sekaligus menemui jawapan kepada Stonehenge yang dinanti-nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Perit jerih selama 17 tahun akhirnya berbaloi, arkeologi temui artifak bersejarah dari abad ke-9

Terdapat 10 penemuan arkeologi pada tahun 2021 yang akan membuat kita menilai dunia secara berbeza selain kisah misteri di sebaliknya.



Inilah batu Stonehenge yang terletak di Wales seperti kisah ahli sihir Merlin.

1. Stonehenge 'asli' di Wales - kisah ahli sihir Merlin

Stonehenge yang terkenal terletak di England - tetapi menurut legenda, ia terletak di Ireland sehingga dipindahkan oleh ahli sihir Merlin.

Ahli arkeologi menemui sebutir kebenaran dalam mitos Merlin semasa mengkaji tapak di Waun Mawn di Wales yang sebelum ini dianggap sebahagian daripada Ireland.

Penemuan siri 'lubang batu' dalam bulatan dengan jelas menunjukkan salah satu daripadanya mempunyai kesan sepadan dengan keratan rentas 'luar biasa' batu biru Stonehenge umpama kunci dalam kunci. Sesuatu yang mengejutkan bukan?

Ahli arkeologi juga mengesahkan teori mereka menggunakan cara lain dengan mengkaji sampel tanah di Wuan Mawn dan mendapati tanah itu mendahului Stonehenge.

Mereka turut menganalisis cip batu di tapak Welsh dan mendapati ia sepadan dengan batu di Stonehenge di samping mengukur diameter bulatan Wales yang sepadan dengan bulatan Inggeris.

"Ia adalah kemuncak penyelidikan kami selama 20 tahun lamanya, ini antara salah satu penemuan paling penting yang pernah saya lakukan," kata Profesor Universiti Kolej London, Mike Parker Pearson, yang menemui Stonehenge 'asli' itu.

Penemuan mereka seolah-olah mengesahkan sekurang-kurangnya satu bahagian legenda yang pertama kali dikemukakan oleh Geoffrey of Monmouth dalam bukunya pada tahun 1136, History of the Kings of Britain.

Dalam buku itu, dia mencadangkan agar Merlin memindahkan batu-batu itu dari tapak yang dipanggil Tarian Gergasi di Ireland untuk menangkap kuasa ajaib yang baru sahaja ditemui Parker.

GridArt_20220101_123540538

Jenazah wanita purba ini ditemui di Istana Wolseong Korea Selatan dipercayai mangsa pengorbanan Dinasti Silla (antara 57 SM dan 935 AD).

2. Jenazah manusia purba di Istana Wolseong Korea Selatan - mitos pengorbanan

Penerokaan Istana Wolseong Korea Selatan tahun 2021 membawa kepada penemuan mayat purba seorang wanita muda.

Pakar arkeologi mengesyaki bahawa dia dan pasangan purba yang ditemui pada 2017 telah dikorbankan untuk memastikan keutuhan istana.

Idea bahawa orang yang tinggal di Korea Selatan semasa Dinasti Silla (antara 57 SM dan 935 AD) mengorbankan manusia semasa projek pembinaan telah lama dianggap sebagai mitos. Tetapi penemuan 2017 membayangkan bahawa mitos ini sebenarnya sahih dan artifak itu mengesahkannya.

"Kini dengan penemuan tambahan, tidak dapat dinafikan amalan manusia menjadi mangsa korban Silla," kata profesor Universiti Soongsil Choi Byung-heon.

Ketiga-tiga mangsa ditemui berdekatan antara satu sama lain. Masing-masing berbaring menghadap langit, dan tidak ada yang menunjukkan tanda-tanda mereka berjuang untuk melepaskan diri dengan jelas.

Semasa penggalian awal, ahli arkeologi turut menemui 20 mayat di kawasan istana. Bagaimanapun, mayat itu telah rosak teruk menjadikan mustahil untuk mengetahui sama ada mereka adalah mangsa korban.

GridArt_20220101_123414782

Penemuan gelanggang pertarungan gladiator di Rom Turki membawa kejayaan besar kepada ahli arkeologi.

3. Amfiteater Rom berusia 1,800 tahun di Turki

Pada tahun 200 Masihi, ribuan penonton turun ke amfiteater Rom di bandar purba Mastaura di Turki zaman moden untuk menonton pertarungan gladiator.

Tidak dapat dinafikan arena yang cukup mengagumkan ini telah lama dilupakan oleh sejarah sehingga ke tahun ini.

Setelah berabad-abad lamanya, barisan arkeologi yang dahagakan khazanah dunia akhirnya mula menjejaki artifak berharga apabila mengikuti kisah pengembara Eropah pada abad ke-18.

"Walaupun sudah di telan zaman, ia tetap utuh seolah-olah baru dibina," kata ketua penggalian, ahli arkeologi Universiti Adnan Menderes, Sedat Akkurnaz dan Ketua Direktorat Kebudayaan dan Pelancongan di Aydın, Mehmet Umut Tuncer.

Tidakkah anda berasa teruja dengan penemuan arena yang mempunyai diameter kira-kira 100 meter ini, dikelilingi oleh barisan tempat duduk dan sel untuk gladiator.

Sejarah lama membuktikan pertunjukan aksi berdarah itu direka khas untuk orang ramai begitu juga penduduk yang berada di bandar kejiranan akan turut berkunjung sama ke arena tersebut.

pavlopetri-768x432

Gambaran semula secara 3D kota yang ditenggelami air, Bandar Pavlopetri.

4. Pembinaan semula 3D kota tenggelam Pavlopetri

Lebih 3,000 tahun lalu, malapetaka pernah melanda sebuah bandar yang berkembang maju di pantai Yunani.

Seperti teori gempa bumi, kenaikan paras laut atau tsunami menghanyutkannya ke laut.

Mengikut sejarah, Pavlopetri adalah sebuah bandar yang unik dan tertua yang telah lama ditenggelami air dan tanah.

"Ia antara tapak yang lebih lama tenggelam di dunia dan boleh dianggap sebagai bandar terancang kerana keunikannya," jelas Ahli Arkeologi, Universiti Nottingham, Dr. Jon Henderson.

Henderson berkata pembinaan semula digital 3D Pavlopetri itu akan memakan sedikit masa berikutan kawasan yang telah lama kehilangan rupa bentuk asal.

GridArt_20220101_123647785

Ilustrasi kemusnahan kota Sodom dan Gomora dipercayai berlaku kerana faktor kejahatan yang disebutkan dalam Kitab Bible.

5. Punca di sebalik kemusnahan kota Sodom dan Gomora

Dalam kitab Bible, ada menyatakan kemusnahan kota Sodom dan Gomora didakwa berlaku disebabkan kejahatan.

Sebilangan ahli arkeologi berpendapat bahawa letupan meteor mungkin telah melanda kota tersebut.

Menurut teori, letupan udara kosmik memusnahkan bandar Tall el-Hammam di Jordan pada1650 S.M. itu menyebabkan 8,000 penduduk terkorban dengan daya 1,000 kali lebih kuat daripada bom atom.

Selain itu, letupan udara kosmik pernah beraku di Rusia pada tahun 1908 semasa peristiwa Tunguska yang misteri, dan melanda bandar Syria Abu Hureyra sekitar 12,800 tahun yang lalu.

GridArt_20220101_121911601

Ahli arkeologi mendakwah penemuan tulang haiwan di Mexico bukti manusia tiba di Amerika 30,000 tahun lalu.

6. Misteri tulang haiwan di Mexico

Pada mulanya ahli antropologi di Lembah Tehuacán Mexico ingin mengkaji asal-usul pertanian di penempatan awal manusia.

Namun apa yang menggemparkan dunia, mereka menjumpai bukti yang menunjukkan manusia tiba di Amerika 30,000 tahun yang lalu iaitu kira-kira 20,000 tahun lebih awal daripada yang difikirkan sebelumnya.

Ahli antropologi menemui tulang haiwan di Gua Coxcatlán yang dipercayai hasil pemburuan manusia. Apa yang mengejutkan mereka ketika menetapkan tarikh radiokarbon untuk sampel, analisis mendedahkan bahawa tulang itu berumur antara 33,448 dan 28,279 tahun.

Itu secara langsung bertentangan dengan pemahaman semasa tentang penghijrahan manusia ke Amerika, yang menunjukkan bahawa manusia pertama tiba kira-kira 10,000 tahun lalu dari Asia dengan menyeberangi Jambatan Tanah Bering.

"Kami hanya cuba meletakkan kajian pertanian dengan garis masa yang lebih kukuh," kata ahli antropologi Iowa State Andrew Somerville.

GridArt_20220101_123612328

Penemuan kapal karam di Latvia yang berusia 200 tahun ini adalah suatu kejayaan bagi ahli arkeologi.

7. Kapal karam berusia 200 tahun di Latvia

Ahli arkeologi menemui kapal karam 40 kaki yang sangat misteri di pantai berhampiran Riga, Latvia. Walaupun penemuan itu menarik perhatian, mereka terpaksa menanam semula - kerana cahaya matahari dan udara mula menyebabkan kapal itu reput.

"Mencari serpihan besar kapal karam di pantai adalah peristiwa yang jarang berlaku dan memeliharanya untuk generasi akan datang serta mempamerkannya adalah tugas yang sukar," kata ahli arkeologi, Janis Meinerts.

Asal-usul sebenar kapal itu masih tidak diketahui, tetapi ia dianggap berusia kira-kira 200 tahun. Ia juga mempunyai paku tembaga di badan kapal — menyebabkan sesetengah pakar percaya bahawa ia adalah kapal perang Tentera Laut Diraja British abad ke-19.

GridArt_20220101_123748313

Pedang gangsa yang ditemui dalam timbunan tulang masih utuh bersama pemegang kayu.

8. Pedang gangsa berusia 3,200 tahun di Nekropolis Yunani

Ahli arkeologi yang meneroka makam purba di dataran tinggi Trapeza di Greece menemui beberapa artifak termasuk tiga pedang gangsa.

Pedang adalah khazanah yang sangat jarang ditemui bermula zaman Mycenaean lagi, penemuan dalam timbunan tulang, ia juga dianggarkan berusia kira-kira 3,200 tahun.

Pakar arkeologi menjelaskan bahawa dua bilah pedang itu terpelihara dengan baik sehinggakan bahagian pemegang kayu yang dipasang tetap utuh.

"Kehadiran senjata ini serta lembing panjang dalam tempoh kronologi yang sama ditemui semasa penggalian di kubur jiran di tebing Nekropolis.

"Senjata itu adalah produk bengkel istana, mungkin Mycenae, ia selaras dengan epik dan tradisi mitologi yang diturunkan kepada kita," jelas Kementerian Kebudayaan dan Sukan Greece dalam satu kenyataan.

GridArt_20220101_123509995

Mesir mencatat antara negara teratas dengan penemuan kapal karam berusia 2,200 tahun.

9. Kapal karam berusia 2,200 tahun di Mesir

Pada tahun 2021, semasa menerokai bandar Thônis-Heracleion Mesir purba yang tenggelam, ahli arkeologi dalam air menemui bangkai kapal Yunani. Hebatnya, kapal tenggelam dahulu sebelum bandar itu karam.

Kira-kira 2,200 tahun yang lalu, penduduk Yunani menambat kapal itu di luar pantai Thônis-Heracleion. Tetapi apabila Kuil Amun di bandar itu runtuh, pakar berpendapat serpihan itu menyapu ke pelabuhan dan menenggelamkan kapal tersebut.

Kapal sepanjang hampir 30 meter itu menampilkan reka bentuk Yunani dan Mesir telah ditemui tahun ini di bawah 16 kaki tanah liat keras.

"Penemuan kapal dari zaman ini sangat jarang berlaku, malah tanah liat keras membantu memelihara kapal itu," kata Franck Goddio, ahli arkeologi bawah air yang 'menemui semula' bandar yang tenggelam pada tahun 2001.

Penemuan itu menunjukkan bagaimana orang Yunani dan Mesir pernah wujud bersama di Thônis-Heracleion beribu-ribu tahun dahulu. Di bandar itulah kuil Mesir dan tempat suci Yunani dibina secara bersebelahan.

Untuk rekod, apabila Kuil Amun runtuh, ia menarik rumah ibadat Yunani ke dalam laut bersamanya. Malah ahli arkeologi juga menemui kompleks pengebumian Yunani dari abad keempat SM di dasar terusan lain berdekatan.

GridArt_20220101_123718448

Penemuan Mumia pada tahun 2021 ini dipercayai beristirahat ketika letupan Gunung Vesuvius berlaku tanpa mengalami sebarang kesan kerosakan pada tubuhnya.

10. Mumia misteri di Pompeii

Marcus Venerius Secundio tidak hidup untuk melihat letupan dahsyat Gunung Vesuvius di Pompeii - tetapi tempat peristirahatan terakhirnya ditemui oleh ahli arkeologi pada tahun 2021 sekaligus mendedahkan banyak peristiwa tentang kehidupan di bandar itu.

Penyelidik dari Universiti Eropah Valencia dan Taman Arkeologi Pompeii menemui makam Secundio di Necropolis Porta Sarno yang terpelihara dengan baik.

"Penemuan makam di pintu Sarno adalah salah satu penemuan yang menakjubkan kerana semua maklumat boleh di dapati disitu," kata ahli arkeologi dari Universiti Valencia, Llorenç Alapont, yang membantu mendedahkan tapak itu.

Alapont menyatakan bahawa tempat berehat terakhir Secundio adalah unik untuk era itu di Pompeii, kerana kebanyakan orang Rom dibakar, bukan dikebumikan.

Menurut pakar arkeologi itu, penemuan tersebut mungkin sedikit sebanyak akan mengubah pengetahuan kita tentang peraturan upacara kematian di dunia Rom.

Kehidupan Secundio juga mewakili kerumitan masyarakat Pompeii. Walaupun dia dilahirkan sebagai hamba namun mampu memanjat tangga sosial seperti yang dilaporkan ada menerangkan bagaimana dia menyertai ritual Augustales iaitu sebuah pemujaan empayar suatu ketika dahulu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Arkeologi, penemuan, misteri, khazanah, harta, laut,

Artikel Lain