suria

Perit jerih selama 17 tahun akhirnya berbaloi, arkeologi temui artifak bersejarah dari abad ke-9

Profesor Timothy Harrison menunjukkan beberapa penemuan artifak hasil galian bersama pasukannya di Tell Tayinat. - Agensi

SELEPAS 17 tahun membuat kajian dan penggalian di wilayah Hatay, Turki, usaha seorang ahli arkeologi akhirnya berhasil apabila berjaya menemui artifak bersejarah dari zaman Empayar Hittite dari abad ke-9 baru-baru ini.

Memetik laporan Anadolu Agency, Profesor Timothy Harrison dari Universiti Toronto, Kanada berjaya menemui dua patung sepanjang 1.5 meter (4.9 kaki) milik Raja Suppiluliuma dan isterinya.

Menurutnya, beberapa penemuan itu tidak akan berlaku tanpa kerja-kerja penggalian yang teliti bersama pasukannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja migrain, ada 5 punca sakit kepala berpanjangan!

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian bekas pesakit Covid-19... ambil tahu kenapa anda perlu tukar berus gigi selepas sembuh

Beliau turut menyifatkan penemuan tersebut sebagai sesuatu yang membanggakan sepanjang 35 tahun beliau terlibat dalam kerjaya itu di seluruh dunia.

Justeru, beliau juga tidak teragak-agak untuk meneruskan pencariannya untuk menjejaki sejarah kemanusiaan di laman arkeologi di Tell Tayinat, Reyhanli selagi hayatnya masih ada.

“Sepanjang penggalian kami di sini, pelbagai artifak seperti kuil, patung, istana telah kami temui.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

“Kalau mengambil kira artifak seperti seramik, sisa organis, rasanya jumlah penemuan mencecah ribuan. Jadi pencarian dan penggalian di sini saya akan teruskan selagi masih hidup,” katanya.

Beliau percaya istana Raja Suppiluluima berada di bawah kawasan sebuah kilang di daerah tersebut dan berhasrat untuk membongkar sejarah itu tidak lama lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

arkeologi, patung, gali

Artikel Lain