Media sosial peneman sepanjang PKP, resepi paling banyak dikongsi

Kebanyakan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur lengang tanpa kenderaan sejak Perintah Sekatan Pergerakan dilaksanakan. Manakala media sosial meriah dengan perkongsian menu masakan harian.

TIDAK dinafikan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan minggu lalu, keadaan persekitaran berubah hampir 360 darjah.

Perintah tersebut dibuat untuk memutuskan rantaian penularan wabak paling berbahaya di seluruh dunia, pandemik Covid-19.

Lokasi-lokasi utama melepak atau tempat ‘ngeteh’ seperti kafe, kedai mamak, restoran, gerai dan sebagainya diarahkan ditutup.

Hanya sebahagian kedai makan dibuka tetapi terhad untuk pembelian ‘tapau’ sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja dari rumah bukan untuk bersuka ria, banyak godaan... ketahui 6 tip fokus tanpa gangguan

Secara khususnya, perintah ini dalam masa sama telah memberi kesan baik apabila semua orang berada di rumah bersama keluarga atau orang tersayang.

Media sosial menjadi platform utama untuk untuk berhubung antara satu sama lain.

Jika sebelum ini, nak berjumpa antara satu sama lain pun jenuh, memandangkan masing-masing sibuk dengan rutin harian.

Ada yang keluar selepas subuh, ketika anak masih belum bangun lagi dan pulang pula, si anak dah pun dibuai mimpi.

Paling jelas sekali, sejak PKP dilaksanakan 18 Mac lalu, rata-rata mereka yang berkurung di rumah ini dilihat menjadi lebih rapat dengan media sosial.

Apa tidaknya, sejak hari pertama perintah ini dilaksanakan, pelbagai perkongsian menarik dimuat naik di laman media terutama di Instagram dan Facebook.

Kongsi masakan

Antara perkongsian masakan oleh pengguna Instagram.

Paling meriah, saban hari dapat lihat pelbagai jenis resepi dan atau menu yang disiapkan untuk sesi keluarga. 

Jika sebelum ini, ibu bekerja akan menyiapkan menu untuk keluarga di awal pagi atau sekadar membuat tempahan setiap hari, kini resepi di media sosial menjadi pilihan untuk dihidangkan sebelum memulakan tugas kerana masing-masing work from home.

Jadi, jika sesiapa sahaja melayari media sosial, tidak akan terlepas melihat pelbagai menu menarik yang dimasak untuk yang tersayang setiap hari dalam tempoh PKP ini.

#stayathomechallege

Syed Saddiq berkongsi video #stayathomechallenge.

Selain masakan, turut mendapat perhatian warga Twitter apabila ada tanda pagar #stayathomechallege iaitu cabaran melakukan senaman tekan tubi.

Bekas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkongsi cabaran tersebut dan mendapat sambutan baik dalam kalangan netizen yang turut berbuat demikian dan memuat baik video melakukan senaman sama.

Selain itu beberapa pemain bola sepak tanah air seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid serta Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak turut berkongsi latihan ringan dalam tempoh cuti panjang Liga Malaysia ini.

Video PSA

Atlet terjun negara, Jun Hoong turut berkongsi nasihat supaya duduk di rumah.

Turut mendapat perhatian pelbagai rakaman video pesanan supaya #dudukrumah seperti yang diarahkan oleh kerajaan.

Ia termasuk selebriti, artis, atlet negara dan orang ramai yang memuat naik pesanan tersebut. Selain itu media sosial ini juga menjadi platform utama untuk semua orang mendapat maklumat terkini mengenai Covid-19.

Bagaimanapun ada juga yang dikongsi tidak tepat dan ia tidak seharusnya berlaku. Perlu diingatkan supaya mendapatkan info-info tepat daripada pihak berkaitan termasuk media. Yang penting, jika tidak pasti jangan sekali-kali berkongsi maklumat itu.

Artikel Berkaitan

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain