Tabiat buat kerja atas katil, awas anda terdedah gangguan mental! - I-suke | mStar

Tabiat buat kerja atas katil, awas anda terdedah gangguan mental!

Membuat kerja di atas katil boleh memudaratkan kesihatan anda.

KETIKA ini ramai daripada kita perlu bekerja dari rumah sebagai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 31 Mac ini bagi mengurangkan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Sebenarnya kerja dari rumah memang boleh dilakukan asalkan kita disiplin dan tidak mudah terpengaruh dengan godaan di sekeliling kita.

Ada pula segelintir suka membuat kerja di atas katil sambil berbaring, namun sebenarnya tanpa disedari amalan itu boleh mendatangkan bahaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerja dari rumah bukan untuk bersuka ria, banyak godaan... ketahui 6 tip fokus tanpa gangguan

Ia bukan sahaja dapat mengganggu konsentrasi ketika bekerja tetapi ia boleh memberi kesan kepada tidur serta kesihatan mental anda.

Otak kita sudah terbiasa membaca katil adalah tempat tidur manakala pejabat tempat bekerja.

Itu belum termasuk potensi seseorang mengabaikan kebersihan diri apabila seharian terperap di atas katil.

"Ada banyak sebab kenapa bekerja dari tempat tidur adalah idea yang buruk. Bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan fizial dan postur tubuh, tetapi memberi kesan kepada mental," kata Pakar Psikologi, Charlotte Armitage.

Charlotte berkata, melakukan kerja di atas katil boleh menyebabkan gangguan pada otak yang berhubung dengan kesihatan mental. Otak tidak dapat melakukan hubungan di antara lokasi dan perilaku.

Ini kerana katanya, selama ini, otak kita sudah terbiasa bahawa katil adalah tempat tidur manakala pejabat adalah tempat bekerja.

Sebaik-baiknya cari ruang sesuai dan selesa untuk melakukan kerja di rumah. 

Ketika katil menjadi tempat kerja, maka otak kita mengalami kecelaruan yang mengakibatkan kepada penurunan produktiviti kita apabila bekerja di rumah.

Atas sebab itu juga kata Charlotte, sebaik-baiknya, khususkan sebuah tempat khas di dalam rumah bagi membolehkan kita bekerja dengan aman.

Sementara itu, kajian juga mendapati bekerja di atas katil dapat meningkatkan kuman dan bakteria kerana kita terperap di atas katil untuk tempoh lama.

Malah satu kajian yang dilakukan oleh Amersleep mendapati manusia meninggalkan 15 juta sel kulit setiap malam serta lima juta jenis bakteria berkembang pada cadar jika tidak dicuci selama seminggu.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain