Akaun 'fake' anda hilang? Facebook padam 5.4 bilion profil palsu - I-suke | mStar

Akaun 'fake' anda hilang? Facebook padam 5.4 bilion profil palsu

Facebook padam 5.4 bilion akaun palsu pada tahun ini.

LAMAN sosial Facebook bertindak memadam 5.4 bilion akaun palsu pada tahun ini dalam usaha memerangi manipulasi dan salah maklumat.

Setiap hari, sistem pengesan Facebook turut menghalang jutaan cubaan penghasilan akaun palsu.

Facebook turut memberitahu akaun palsu ini mewakili sebanyak lima peratus pengguna aktif bulanan di seluruh dunia yang kebanyakannya diwujudkan bagi tujuan penyamaran.

ARTIKEL BERKAITAN: Antara kepuasan dan kesempurnaan, kenapa otak kita suka Instagram?

Rangkaian sosial itu banyak melabur dalam mencari dan membatalkan akaun yang dicipta untuk memperdaya orang ramai mengenai asal maklumat, terutama apabila ia tersebar sebagai sebahagian kempen terancang dengan agenda politik atau sosial.

Facebook serius dalam menangani akaun palsu. 

Laporan terperinci juga menunjukkan desakan kerajaan untuk mendapatkan maklumat pengguna mencecah tahap baru didahului Amerika Syarikat.

Secara keseluruhan, permintaan kerajaan mendapatkan data pengguna Facebook meningkat 16 peratus kepada 128,617 pada separuh pertama tahun ini.

“Daripada keseluruhannya, AS terus mencatatkan permintaan paling tinggi, diikuti India, United Kingdom, Jerman dan Perancis,” menurut laporan.

Facebook menerima 50,741 permintaan dari AS untuk maklumat mengenai 82,461 akaun, dengan secara kasarnya, dua pertiga darpadanya dilakukan dalam cara menghalang rangkaian sosial memberitahu pengguna mengenai inkuiri itu.

“Kami selalu memeriksa setiap permintaan kerajaan yang diterima untuk mendapatkan data akaun untuk memastikan ia sah dari segi undang-undang,” kata Timbalan Perunding Facebook, Chris Sonderby, dalam siaran atas talian mengenai perangkaan terbaru itu. - AFP

Facebook , Laman Sosial

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut