suria

Lagi non-muslim tegur umat Islam, bimbang terpedaya helah peniaga - “Proses halal China beza dengan Jakim”

Produk makanan China yang mempunyai pengesahan halal perlu mempunyai tulisan seperti dalam gambar.

MURAH, mudah dan boleh dibeli secara borong menyebabkan rakyat Malaysia gemar melayari laman sesawang e-dagang China bagi membeli produk kegunaan harian mereka termasuk makanan.

Malah kebanyakan peniaga tempatan juga gemar menjadikan produk daripada republik itu sebagai sumber perniagaan.

Namun yang menjadi kebimbangan masyarakat terutama umat Islam, adakah produk khususnya makanan yang dibawa masuk dan dijual secara langsung itu mempunyai pengesahan atau sijil halal?

Tampil menjelaskan situasi yang sering berlaku, Cikgu Samm yang juga TikToker terkenal dengan konsep pembelian borong dari China menyatakan bahawa konsep halal di negara republik itu tidak sama seperti di Malaysia.

Menurutnya, Malaysia mempunyai badan pengawal yang dikenali sebagai Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang bertindak memperkasa penggubalan, penyeragaman, perundangan Islam selain menjadi badan yang mengeluarkan sijil halal.

Cikgu Samm menjelaskan perbezaan halal China dan Malaysia.

Cikgu Samm menjelaskan perbezaan halal China dan Malaysia.

“Konsep halal bukan tertakluk kepada makanan tetapi penggunaan barang harian, skin care, kosmetik, perkhidmatan dan banyak lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor India nasihat umat Islam hati-hati berimej Bollywood, takut jatuh haram... Mufti tegur hukum pakai pottu di dahi

“Untuk pengetahuan anda, selain daripada raw material, ia juga merangkumi pengeluaran, penyediaan, penyimpanan, pengendalian dan banyak proses lagi.

“Manakala di China, halal hanya tertakluk kepada food of meat, susu dan minyak yang boleh dimakan,” jelasnya sambil menambah tidak ada satu badan rasmi yang menjaga keseragaman halal dalam kalangan muslim di negara tersebut.

Kalau tidak boleh membaca, tidak mempunyai halal mahupun endorsement daripada Jakim, bagaimana anda boleh menjual dan suruh rakyat Malaysia terutama umat Islam untuk membeli dengan menyatakan ia halal, selamat.

CIKGU SAMM

Tambahnya lagi, kilang China yang ingin memohon sijil halal perlu merujuk kepada jabatan keagamaan tempatan atau dikenali local religious affair.

Pun begitu, tiada keseragaman dalam halal kerana kesemua keputusan tertakluk kepada undang-undang ataupun perundangan pada jabatan tempatan masing-masing.

China tidak mempunyai badan khusus yang memantau berkenaan spesifikasi halal seperti Jakim

China tidak mempunyai badan khusus yang memantau berkenaan spesifikasi halal seperti Jakim.

Justeru, dia turut mempersoalkan para peniaga yang sewenangnya menjual produk makanan dari China tanpa mengetahui status halal.

“Adakah produk yang dijual itu mempunyai halal dari China, jika ada boleh tunjuk logo atau pengesahan halal yang dinyatakan?

“Sekiranya ada, adakah Jakim telah endorsed dan adakah anda (peniaga) boleh membaca bahasa Cina yang terdapat pada produk.

“Kalau tidak boleh membaca, tidak mempunyai halal mahupun endorsement daripada Jakim, bagaimana anda boleh menjual dan suruh rakyat Malaysia terutama umat Islam untuk membeli dengan menyatakan ia halal, selamat,” ajunya.

Melihatkan lambakan produk dan barangan dari China yang memenuhi pasaran tempatan, Cikgu Samm menasihati para pembeli di sosial media agar menjadi lebih peka dengan isu halal terutama makanan.

Malah katanya, sudah menjadi tanggungjawab semua untuk peka tentang isu makanan halal pada masa sama menjaga standard halal di Malaysia.

Sebelum ini, tular video seorang doktor perubatan berbangsa India yang dikenali sebagai Dr Malar Santhi Santherasegapan menegur umat Islam yang sewenang-wenangnya menggayakan pakaian Bollywood tanpa mengetahui perbezaan antara budaya dan agama Hindu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain