suria

Golongan PKS susah nak beli kereta? Kemudahan kredit tersedia dengan kerjasama Funding Societies, Proton

Proton merekodkan peningkatan jualan sama ada pembelian mahupun tukar beli.

SUKAR beli kereta kerana buat bisnes perusahaan kecil dan sederhana (PKS)?

Bukan itu saja, keperluan dokumentasi juga renyah dan terpaksa tunggu lama!

Namun anda kini boleh tarik nafas lega kerana platform pembiayaan digital PKS terbesar di Asia Tenggara, Funding Societies mengumumkan kerjasamanya dengan Proton.

Dengan kerjasama tersebut, kemudahan kredit kepada pengedar Proton bagi membiayai pembelian kereta untuk penstokan lantai (floor stocking), disediakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertinggal dompet? Google Wallet je, transaksi lebih mudah dan selamat

Untuk pengetahuan anda, Funding Societies yang diasaskan sejak 2015 bagi memperkasa PKS di Asia Tenggara dengan memperluas akses pembiayaan dengan menyelesaikan kekangan utama yang sering dihadapi termasuk ketiadaan cagaran (collateral), keperluan dokumentasi yang merumitkan serta tempoh pemprosesan yang panjang.

Penyelesaian kekangan ini selari dengan komitmen Funding Societies untuk mengurangkan jurang pembiayaan PKS di Malaysia dan di rantau ini, lebih-lebih lagi memandangkan PKS merupakan tunjang ekonomi negara.

Kerjasama Funding Society dan Proton memberi manfaat kepada PKS.

Kerjasama Funding Society dan Proton memberi manfaat kepada PKS.

Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon berkata, permintaan untuk kenderaan persendirian menyaksikan peningkatan sejak separuh kedua 2020.

"Ini didorong kebimbangan masyarakat terhadap pengangkutan awam (impak krisis Covid-19) serta dasar kerajaan berketepatan semasa pandemik.

"Menerusi fasiliti kredit pusingan (revolving credit facility) Funding Societies, pengedar Proton boleh memanfaatkan pertumbuhan tersebut dengan meningkatkan inventori bagi tujuan jualan dengan meningkatkan inventori stok lantai kereta terpakai," ujarnya.

Tambah Chai, selaras dengan misi Funding Societies untuk memperluas kemudahan pembiayaan kepada PKS terpinggir yang berkelayakan kredit, kemudahan kredit pusingan ini memberikan pengalaman pembiayaan lebih lancar kepada pengedar Proton.

Malah katanya, Proton boleh menggunakan kemudahan itu pada bila-bila masa dan di mana sahaja selepas pengaktifannya.

Di samping itu, ujarnya, pengedar akan turut mempunyai akses kepada sistem pembiayaan rantaian bekalan dalam talian kami untuk menguruskan fasiliti pembiayaan mereka.

Urusan pembelian kereta PKS lebih mudah.

Urusan pembelian kereta PKS lebih mudah.

Dalam pada itu, Pengurus Besar Proton Edar, Wan Ahmad Fadzli Wan Mustafa memberitahu, berdasarkan peningkatan jumlah jualan Proton sejak beberapa tahun ini, pihaknya turut mendapati peningkatan transaksi jual atau tukar beli.

"Melalui kemudahan pembiayaan pengedar yang disediakan oleh Funding Societies, pengedar kami boleh membiayai pembelian penstokan lantai bagi membolehkan transaksi tukar beli dilakukan," jelasnya.

Kenderaan yang dijual di bawah program PCPO menjalani pemeriksaan menyeluruh 201-mata dan dijamin bebas daripada sebarang kerosakan banjir atau kemalangan besar.

Pelanggan juga menikmati lanjutan jaminan selama satu tahun yang meliputi enjin dan transmisi serta satu sesi perkhidmatan servis percuma enam bulan dari tarikh pendaftaran.

Dengan peralihan kepada platform dalam talian yang semakin meningkat, Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) Proton juga telah menyediakan laman sesawang kereta terpakai Protom khusus (http://used-cars.proton/com) untuk menarik pembeli yang celik teknologi.

Pembeli boleh melihat stok tanpa berkunjung ke bilik pameran dan melayari laman sesawang untuk mendapatkan anggaran harga pasaran kereta terpakai.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain