suria

Tertinggal dompet? Google Wallet je, transaksi lebih mudah dan selamat

Kaedah bayaran tanpa tunai semakin diterima baik pengguna di Malaysia.

KAEDAH pembayaran tanpa tunai di Malaysia semakin rancak dengan pengenalan Google Wallet bermula 15 November.

Bukan sahaja menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih selamat dan mudah, aplikasi baharu ini turut menyokong item digital seperti pas masuk dan boleh digunakan peranti Android.

Untuk bermula, muat turun sahaja Google Wallet daripada Gedung Google Play sekarang!

Pengarah Urusan, Google Malaysia, Marc Woo berkata, berdasarkan laporan e-Conomy SEA 2022, pembayaran digital semakin popular dan dijangka mencecah hampir AS$200 bilion (RM900 bilion) dalam nilai transaksi kasar di Malaysia menjelang 2025.

"Dengan jutaan rakyat Malaysia kini menggunakan telefon mereka setiap hari untuk membuat pembayaran, Google teruja untuk membawa Google Wallet ke Malaysia," katanya.

Wakil-wakil perbankan dan AirAsia yang hadir di pejabat Google sempena pengenalan Google Wallet.

Wakil-wakil perbankan dan AirAsia yang hadir di pejabat Google sempena pengenalan Google Wallet.

Perbankan terlibat

Bermula 15 November, pemegang kad CIMB Bank (kad kredit Mastercard), Hong Leong Bank (kat kredit Visa dan debit Mastercard), Hong Leong Islamic Bank (kad debit Mastercard) dan Public Bank (kad kredit dan debit Visa), akan dapat menambahkan kad mereka pada Google Wallet dan membayar menggunakan telefon Android atau peranti Wear OS mereka di mana pembayaran tanpa sentuh diterima.

Pemegang Kad HSBC (kad kredit Visa dan Mastercard) dan HSBC Amanah (kad kredit Visa dan Mastercard) juga akan dapat menambahkan kad mereka pada Google Wallet tidak lama lagi.

Kad-kad bayaran dari Google Wallet dapat digunakan untuk membayar secara dalam talian untuk jenama seperti Airbnb, Al-Ikhsan Sports, Applecrumby, Eat Cake Today, Shopee atau di mana sahaja terdapatnya butang Google Pay.

Pas masuk bagi perjalanan dapat diakses melalui Google Wallet.

Pas masuk bagi perjalanan dapat diakses melalui Google Wallet.

Bagi yang akan bercuti pada akhir tahun ini, selain mengetik untuk membayar perjalanan menaiki kereta api ke lapangan terbang, anda juga boleh menambah pas masuk penerbangan daripada AirAsia.

Tidak lama selepas itu Malaysia Airlines pula menyusul.

Dengan pas masuk dalam Google Wallet, anda akan dimaklumkan tentang perubahan pada masa berlepas dan perubahan pintu masuk.

Selain itu, anda juga dapat mengetik dan membayar dengan cara yang selamat menggunakan Google Wallet semasa perjalanan ke luar negara tanpa memerlukan kad fizikal.

Cara daftar kad perbankan di Google Wallet

Jika anda sudah mempunyai kad kredit atau debit yang disimpan ke akaun Google, ia akan dipaparkan secara automatik dalam Google Wallet dan anda hanya perlu menyediakannya untuk pembayaran tanpa sentuh dengan mengikuti langkah-langkah pada skrin.

Jika anda tidak mempunyai kad yang tersimpan dan ingin menambahkan kad baharu pada Wallet, ketik 'tambahkan kad' dalam karusel di bahagian atas halaman bagi menyemak dan menerima terma syarat pengeluar sebelum menggunakannya.

Sebaik sahaja anda menerima dan mengesahkan maklumat, kad akan diberi token dan sedia untuk digunakan dalam Google Wallet.

Pembayaran tanpa tunai boleh dilakukan dengan selamat.

Pembayaran tanpa tunai boleh dilakukan dengan selamat.

Privasi, keselamatan keutamaan Google Wallet

Apabila anda menggunakan Google Wallet, urus niaga dibuat menggunakan nombor kad ganti (token), yang khusus kepada peranti anda dan dikaitkan dengan kod keselamatan dinamik yang berubah dengan setiap transaksi.

Bank juga perlu mengesahkan pemegang kad sebelum anda menambahnya pada telefon di samping boleh menetapkan kunci skrin supaya orang yang tidak dikenali tidak dapat mengakses kandungan pada peranti.

Jika telefon anda hilang atau dicuri, anda boleh menggunakan fungsi 'cari peranti saya' untuk mengunci peranti dengan serta-merta dari mana-mana sahaja, selamatkannya dengan kata laluan baharu, atau terus menghapuskan maklumat peribadi dan butiran kad pembayaran tersebut.

Anda boleh mengemas kini tetapan ini daripada Google Wallet atau pada komputer di SINI.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain