suria

Asyik terlebih belanja barang dapur? Ini 5 tip elak tak lari bajet setiap bulan

Pakar menjangkakan krisis ekonomi akan berlaku pada 2023 dan memberi impak terus kepada masyarakat.

MUNGKIN ramai yang tidak sedar bahawa cara memasak yang bijak dapat mengurangkan kos dan membantu mengawal perbelanjaan keluarga.

Kena ingat, pakar mendedahkan bahawa negara akan berhadapan dengan krisis ekonomi pada 2023 nanti. Ia bukan hanya berlaku di Malaysia ya!

Ekoran itu, pakar masakan Britain, Lee Williams mengesyorkan masyarakat membeli potongan daging yang berbeza bagi mempelbagaikan hidangan selain menggunakan penambah perasa yang berbeza meskipun menggunakan bahan asas yang sama.

Selain itu, dia juga menyarankan supaya sayur-sayuran disejuk beku atau menghasilkan paste.

Pandangan yang dilontarkan itu selepas dia melakukan kajian terhadap 2,000 orang dewasa dengan hampir separuh (46%) mengaku makan sajian yang sama setiap hari manakala 59 peratus lagi mengatakan bosan dengan makan malam yang menjimatkan wang.

Krisis ekonomi dijangka akan berlaku pada tahun 2023.

Krisis ekonomi dijangka akan berlaku pada tahun 2023.

Pun begitu, disebabkan mengalami masalah kewangan, 46 peratus berkompromi dengan hasil yang mereka beli.

Justeru ini lima tip yang boleh anda ikuti bagi menjimatkan perbelanjaan:

1. Perancangan sebelum membeli

Tuliskan menu yang anda suka masak atau makan supaya anda mempunyai semua bahan yang diperlukan.

Ini juga akan membantu mengelakkan godaan pengambilan saat akhir bagi memenuhi troli yang akhirnya akan menyebabkan anda terlebih berbelanja.

ARTIKEL BERKAITAN: Golongan PKS susah nak beli kereta? Kemudahan kredit tersedia dengan kerjasama Funding Societies, Proton

2. Memasak dengan banyak

Selalunya cara ini lebih menjimatkan kos kerana anda membeli daging dan sayur-sayuran secara pukal.

Dengan langkah ini, anda boleh memasak kesemuanya dalam kuantiti yang banyak dan menyejukbekukan untuk dimakan pada hari-hari lain.

Pun begitu, ia mungkin menyebabkan anda berasa bosan.

Senarai barang akan menghindar anda daripada terlebih berbelanja.

Senarai barang akan menghindar anda daripada terlebih berbelanja.

3. Satu hidangan dijadikan dua

Ini adalah kunci untuk membuat makanan disimpan lebih lama, contohnya sebungkus daging cincang boleh dijadikan banyak hidangan.

Masak daging anda, kemudian belah dan tambah perasa atau herba yang berbeza untuk menghasilkan hidangan yang berbeza, seperti spageti bolognaise, chilli con carne atau pai kotej.

4. Membeli potongan daging yang berbeza

Bagi pembelian daging, potongan keseluruhan selalunya boleh menjadi lebih berkesan daripada membeli secara kepingan kecil.

5. Membeli bahan sejuk beku

Sumber alternatif sejuk beku seperti daging dan sayur-sayuran selalunya lebih murah dan juga membantu anda mengurangkan sisa makanan.

Selain itu, apa kata anda perbanyakan makanan berasaskan sup kerana ia cara terbaik untuk membuat bahan mentah anda bertahan lebih lama.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain