suria

Serlahkan seni fotografi anda dengan HUAWEI Mate50 Pro! Hasil setanding kamera berteknologi tinggi

HUAWEI Mate50 Pro juga membolehkan details objek dilihat jelas menerusi tetapan super macro.

MINAT fotografi tapi tiada kamera secanggih DSLR?

Usah bimbang, dengan telefon pintar pun anda dapat menghasilkan gambar unik serta mencipta gaya fotografi tersendiri ala-ala jurugambar terkenal Abeden, Chai Tak Sun dan David Hogan Jr.

Lagipun, ia lebih mudah dikendalikan serta tidak memerlukan alat-alat berteknologi tinggi yang sering digunakan bersama DSLR.

Malah kecekapan kamera telefon pintar masa kini juga setanding kamera di samping kewujudan pelbagai aplikasi fotografi yang tersedia melalui HUAWEI AppGallery, Appstore dan lain-lain yang membantu mencipta gambar lebih baik dan unik.

Jadi apa tunggu lagi... Jom manfaatkan telefon pintar ada dengan sebaiknya ya!

1. Ketahui peralatan anda

Sebagai permulaan, luangkan sedikit masa untuk membiasakan diri dengan kamera mudah alih anda.

Periksa tetapan 'auto' pada kamera untuk menentukan fokus dan exposure ketika menangkap gambar kemudian laraskan dedahan dengan menyentuh skrin untuk menunjukkan titik fokus yang sepatutnya.

Penekanan komposisi dan 'peraturan' fotografi juga penting dalam penghasilan karya.

Penekanan komposisi dan 'peraturan' fotografi juga penting dalam penghasilan karya.

Pastikan anda mendapatkan pemahaman yang mencukupi mengenai tetapan ini sebelum meneroka lebih mendalam pada tetapan manual.

Sekiranya peranti anda tersedia dengan tetapan manual, pastikan anda memanfaatkan beberapa ciri teknikal yang berguna seperti tetapan exposure, imbangan putih (white balance) dan kelajuan shutter.

Paling penting adalah anda meluangkan masa untuk mempelajari cara menggunakan ciri-ciri ini bagi menghasilkan gambar yang unik dan menakjubkan!

2. Belajar perkara asas

Dalam dunia fotografi, terdapat banyak peraturan yang perlu diperhatikan, seperti Leading Lines, Depth, Symmetry, Golden Ratio dan Rule of Thirds.

Peraturan seperti ini bertindak sebagai garis panduan untuk mencipta gambar yang menarik daripada segi visual.

The Rule of Thirds adalah asas bagi peraturan komposisi kerana ia mampu menjadikan imej kelihatan lebih semula jadi lalu menggalakkan aliran mata anda untuk melihat keliling imej tersebut.

Sebagai perbandingan, komposisi simetri pula menghasilkan imej yang kelihatan lebih kemas dan profesional, juga menawan dan menarik untuk dipandang!

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi non-muslim tegur umat Islam, bimbang terpedaya helah peniaga - “Proses halal China beza dengan Jakim”

3. Dapatkan bantuan aplikasi

Untuk meningkatkan kemahiran fotografi sedia ada, anda boleh mencuba beberapa aplikasi suntingan untuk menambah baik kecekapan sebagai jurugambar kamera mudah alih.

Walaupun aplikasi yang standard sudah cukup bagus untuk tujuan ini, terdapat banyak lagi pilihan aplikasi untuk diterokai.

Tetapan night mode pada HUAWEI Mate50 Pro juga mengagumkan.

Tetapan night mode pada HUAWEI Mate50 Pro juga mengagumkan.

Aplikasi suntingan gambar menawarkan lebih banyak ciri, tetapan dan penapis untuk mencipta imej ideal anda.

Ini antara aplikasi pengeditan yang tersedia di HUAWEI AppGallery:

- SnapSeed: Membolehkan pengguna menambah baik foto dan menambah penapis digital.

- B612: Aplikasi kamera & pengeditan foto/video semua-dalam-satu.

- CapCut: Editor video dalam talian percuma dengan banyak ciri yang tersedia.

- Picsart: Editor foto dan video yang mudah digunakan.

- camera360: Aplikasi pengeditan foto dan swafoto yang profesional dan mudah untuk digunakan.

- Meitu: Editor foto dan video mudah alih semua dalam satu.

HUAWEI Mate50 Pro terbukti mempunyai keupayaan penuh untuk melengkapkan segala keperluan fotografi mudah alih.

HUAWEI Mate50 Pro terbukti mempunyai keupayaan penuh untuk melengkapkan segala keperluan fotografi mudah alih.

Untuk mendapatkan hasil gambar yang mantap, anda pasti memerlukan peranti pintar yang terbaik.

Barangkali anda sudah mempelajari pelbagai petua fotografi, tetapi hakikatnya, kualiti kamera telefon pintar yang tersedia di pasaran berbeza-beza dan pemilihan peranti memainkan peranan yang penting untuk memenuhi keperluan fotografi anda!

Cubalah HUAWEI Mate50 Pro yang baru sahaja dinobatkan sebagai Kamera Telefon Pintar No. 1 oleh DXOMARK.

Ia berasaskan empat teras teknikal iaitu sistem optik, struktur mekanikal, teknologi pengimejan dan pemprosesan imej.

Sistem Kamera XMAGE menampilkan Sistem Kamera Ultra Aperture dengan apertur fizikal boleh laras skala-10 yang dilengkapi apertur terluas F1.4.

Ia turut menampilkan Super Night Mode, Professional Portrait dan Super Macro.

Dengan kata lain, HUAWEI Mate50 Pro terbukti mempunyai keupayaan penuh untuk melengkapkan segala keperluan fotografi mudah alih anda.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Putrajaya banjir selepas satu jam hujan