suria

Hab komersial gaya hidup trendy... Irama Biz bakal jadi hotspot di Malaysia Vision Valley

Irama Biz pusat komersial versatil baharu di Irama Sendayan.

IRAMA Biz bakal menjadi tumpuan pusat komersial hab baharu di Irama Sendayan kerana faktor lokasi strategik di persimpangan antara Sendayan, Nilai dan KLIA.

Tambahan pula, Irama Biz juga berada di koridor pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) dan menjadikan faktor pemikat kepada peniaga dan pelabur.

Anggaran populasi hampir 60,000, Irama Biz dijangka mewujudkan persekitaran perniagaan yang aktif untuk menampung populasi tersedia dan akan datang.

Irama Biz 2

Setiap kedai versatil di Irama Biz direka bentuk untuk menawarkan ruang serba guna bagi pelbagai jenis perniagaan - Lakaran Pelukis

Ini telah menjadikan faktor utama Matrix Concepts selaku pemaju Irama Biz dengan mencatatkan rekod pengambilan yang mengagumkan dengan 80 peratus jualan pada hari pertama pelancarannya.

Ketua Pegawai Pemasaran Matrix Concepts, Lim Kok Yee berkata, kisah kejayaan jualannya dipengaruhi oleh faktor utama iaitu lokasinya yang ideal, sekali gus meletakkan Irama Biz sebagai pintu masuk ke MVV.

"Lokasi idaman ini menarik peluang pelaburan yang menggalakkan. Para pelabur dan pemilik perniagaan bukan hanya membeli kedai semata-mata, tetapi juga melihat kepada keseluruhan ekosistem perniagaan, yang akan membolehkan mereka bertahan pada masa depan," katanya.

Irama Biz 3

Sebagai hab komersial, Irama Biz memberi perkhidmatan kepada pembangunan sedia ada dan baharu, serta penduduk yang bekerja di Sendayan TechValley dan Enstek Industrial - Lakaran Pelukis

Dengan 60 unit kedai versatil dan satu-satunya pusat komersial yang signifikan dalam kawasan itu, Irama Biz diunjurkan sebagai hab komersial untuk memberi perkhidmatan kepada pembangunan sedia ada dan baharu di sekelilingnya, serta penduduk yang bekerja di Sendayan TechValley serta Enstek Industrial.

Kedai versatil 2-Tingkat dengan seni bina moden ini berkeluasan 6.7meter x 22.8meter (22kaki x 75kaki) dengan keluasan binaan 288 meter persegi (3,105 kaki persegi) dengan harga bermula RM871,999.

Setiap unit direka bentuk untuk menawarkan ruang serba guna bagi meningkatkan imej perniagaan anda.

Dengan lokasi yang jelas kelihatan dari jalan utama, kedai-kedai yang mengutamakan gaya hidup 'trendy' ini mempunyai daya tarikan untuk menjadi hotspot paling meriah sebagai pusat komersil yang berdaya saing.

Irama Biz menyasarkan untuk menampilkan pelbagai jenis perniagaan, seperti bistro dan kedai makanan serta minuman, dobi, butik fesyen, salun kecantikan, institusi kewangan, studio kecergasan, dan banyak lagi.

Dengan menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan, Irama Biz bakal menjadi mercu tanda yang bukan sahaja mewujudkan hab gaya hidup di kawasan itu, bahkan menambah nilai kepada pembangunan sekitar kerana kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan.

Kok Yee berkata, sebagai sebahagian daripada MVV serta penyediaan lokasi yang terancang, pihaknya menjangkakan Irama Biz akan mengalami pertumbuhan eksponen serta potensi di kawasan itu daripada segi infrastruktur, kemudahan dan fasiliti yang canggih.

"Ini secara tidak langsung meningkatkan nilai pelaburan anda, menjadikannya pilihan yang bijak," katanya.

Maklumat lanjut mengenai Irama Biz boleh layari www.thestar.iramabiz.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Gempar bayi perempuan lahir ada ekor berbulu