suria

Guru, doktor meriahkan #HouseOfCreators2022... TikTok jelas bukan sekadar hiburan!

Para pencipta konten beramah mesra antara satu sama lain di #HouseOfCreator2022.

MENJADI pencipta konten (content creator) bukanlah perkara mudah, lebih-lebih lagi jika anda ingin mendapatkan pengikut yang ramai menerusi genre kandungan yang diketengahkan.

Semestinya, ia perlu menarik minat serta mempunyai kelainan tersendiri.

Jadi sebagai mengiktiraf golongan tersebut, TikTok telah menghimpunkan para pencipta konten ternama di acara #HouseOfCreators2022.

ARTIKEL BERKAITAN: MAJORITI 7 DILANCARKAN SECARA RASMI: Akhbar mingguan premium Bahasa Melayu pertama di Malaysia

Bukan sekadar malam apresiasi bagi warga pencipta konten, TikTok juga meraikan ulang tahun kedua #TikTokGuru yang popular dan mendapat lebih 18.8 bilion tontonan warganet kerana mengandungi perkongsian ilmu daripada golongan pendidik seperti @cikgudebbie, @iqbalahyar, @sir_asai, dan @sirsyami_92.

Sebagai platform yang bersifat majmuk dan inklusif, aplikasi ini menjadi sumber utama bagi hiburan, gaya hidup dan ilmu pengetahuan.

Pengurus Operasi Strategi, TikTok Malaysia, Darren Quek berkata, golongan pencipta konten merupakan tulang belakang kepada platform media sosial berasaskan video mudah alih berformat pendek itu.

"Kepelbagaian dalam pengalaman, komuniti dan konten yang terlahir mampu membina titian hubungan serta membentuk persefahaman melalui video.

"Atas sebab itu, kami percaya bahawa warga pencipta bukan sekadar berkongsi detik kehidupan mereka, tetapi menjadi jambatan yang menghubungkan pengguna dari pelbagai latar belakang menerusi minat yang sama, sehingga akhirnya melahirkan pelbagai komuniti di platform ini.

Persembahan daripada artis tempatan turut disajikan kepada tetamu.

GoYoung antara artis tempatan yang membuat persembahan.

"Ia boleh dilihat melalui ekosistem konten tempatan yang kian berkembang seperti #SembangEntertainment, #MakanLokal, #BeautyHacks, #KakiGaming, #TikTokSports dan #TikTokGuru," ujarnya.

Tambahnya lagi, kewujudan tersebut adalah sebagai ruangan mencungkil kreativiti individu serta memupuk pembikinan karya asli yang menghiburkan.

Bersetuju dengan kenyataan Darren, Pengasas GoYoung, JE Pong turut mengakui GoYoung bermula menerusi lapan individu yang berkongsi video tarian di saluran TikTok masing-masing.

"Tidak lama kemudian, kami bertemu di ‘For You Page’ dan berkongsi perihal yang sama sehingga terlahirlah GoYoung. Hari ini, GoYoung ingin memberi inspirasi kepada penari-penari lain dan membantu mencorak komuniti yang lebih besar di TikTok," ujarnya.

Sementara itu, salah seorang pencipta popular di Malaysia, Dr Ben Gee berkata, TikTok telah menjadi wadah bagi pengamal perubatan oral sepertinya untuk mencapai individu di seluruh pelusuk negara.

"Saya gembira kerana TikTok memberi penekanan ke atas konten-konten pendidikan melalui tanda pagar seperti #TikTokGuru, #HealthCheck dan #KekalSihat supaya masyarakat boleh menambah ilmu tentang pelbagai subjek termasuk kebersihan mulut dan penjagaan gigi, khususnya daripada sumber yang boleh dipercayai," tambahnya.

Terdahulu, pada acara tersebut, para pencipta diberi peluang untuk melangkah keluar dari lapangan mereka dan meneroka kategori-kategori lain di TikTok yang sedang popular seperti hiburan, makanan, kecantikan, permainan video, sukan dan DIY melalui zon-zon aktiviti serba interaktif.

Para tetamu juga disajikan dengan persembahan daripada artis-artis tempatan seperti Dolla, Fatia, Gaston Pong, Amsyar Leee, Bunga, dan GoYoung.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain