suria

Mimpikan gaya hidup lestari? Realisasi impian miliki rumah idaman di Bayu Sutera

Gaya hidup impian anda menanti di Bayu Sutera, di perbandaran lestari Bandar Sri Sendayan.

HARI ini, dalam memilih tempat untuk menetap dan membina kehidupan, pilihan itu melibatkan lebih daripada hartanah itu sendiri.

Kebanyakan pembeli kediaman juga akan mengambil kira kawasan perbandaran serta kehidupan yang bakal dilalui mereka.

Lokasi yang baik bagi gaya hidup berkualiti sudah tentunya Bayu Sutera di perbandaran lestari Bandar Sri Sendayan.

Menetap di sini pastinya mempunyai banyak kelebihan, terutama dengan kemudahan dan keselesaan lain yang mudah diakses.

Perbandaran pembangunan bercampur ini terdiri daripada kediaman, komersial dan institusi kepada industri berteknologi tinggi, pertanian serta riadah, selain rancangan untuk membangunkan pusat membeli-belah, pejabat dan hospital pada masa depan.

Selain pusat komersial di Sendayan Merchant Square dan Sendayan MetroPark, perbandaran ini juga menempatkan pelbagai kemudahan, taman dan pusat rekreasi serta sekolah.

Ini termasuklah d'Tempat Country Club berkeluasan 380,000 kaki persegi, kemudahan sukan ekstrem X Park, Carnelian Park dan Sendayan Green Park, serta Matrix Global Schools, yang merupakan salah satu sekolah swasta terbesar di negara ini dengan kemudahan kampus.

Memandangkan kini keperluan kehidupan kita berkembang melalui perubahan masa dan gaya hidup yang pesat, kediaman bagi kebanyakan kita juga bukan lagi sekadar tempat perlindungan.

Pemilik kediaman kini mencari tempat berteduh dengan semua kemudahan dan keperluan untuk melengkapkan kehidupan seharian selepas melalui hari yang panjang.

"Bagi tujuan ini, Bayu Sutera sedang berkembang menjadi kejiranan yang mandiri dan mengimbangi kehidupan sosial yang berkualiti serta privasi dengan mengekalkan ruang personal di tempat awam.

"Bahagian intrinsik yang sesuai didiami bukan sahaja melibatkan reka bentuk bangunan pemulihan yang memberi tumpuan kepada kesihatan dan kesejahteraan penghuni, tetapi juga kaitannya dengan alam sekitar," kata ketua pegawai pemasarannya, Lim Kok Yee.

bayu sutera 2

Kemudahan komuniti menaik taraf kehidupan penduduk dalam pelbagai cara.

Kemudahan komuniti ternyata meningkatkan kehidupan penduduk dalam pelbagai cara. Taman-tamannya menyediakan kawasan hijau dan ruang untuk bergerak buat penduduk bagi pelbagai tujuan.

Pastinya mengasyikkan apabila kejiranan mempunyai landskap subur dengan ruang hijau dan udara segar yang mampu menenangkan penduduk untuk beristirehat.

'Central Park' berkeluasan 9.5 ekar dilengkapi dengan gelanggang futsal, trek basikal, amfiteater, tempat perlindungan, laluan pejalan kaki, taman, kawasan permainan kanak-kanak dan banyak lagi kemudahan untuk dinikmati oleh penduduk sebagai sebuah komuniti.

Selain itu, penduduk juga mendapat akses ke taman kediaman dan kemudahan gaya hidup dalam kawasan mereka sendiri.

Majoriti pembeli rumah di Lembah Klang sememangnya mencari elemen kediaman seumpama itu, termasuk hartanah pegangan bebas yang berbaloi dalam perbandaran yang gah dengan pelbagai fasiliti, keselamatan dan kemudahan yang lengkap.

Mempunyai segala-galanya yang dingini itu pastinya kelebihan bagi Bayu Sutera.

bayu sutera 3

Kediaman Elonia direka untuk kehidupan keluarga kontemporari.

Direka bentuk untuk kehidupan keluarga kontemporari, kediaman Elonia di Bayu Sutera yang terbaharu dilancarkan memperkenalkan unit dengan binaan minimum 2,315 kaki persegi, dilengkapi empat bilik tidur dan empat bilik mandi.

Menariknya, bilik tidur di tingkat bawah boleh diubah menjadi sebuah lagi bilik tidur utama, malah boleh dijadikan sebagai bilik permainan untuk kanak-kanak, manakala ruang keluarga di tingkat satu boleh ditukar kepada pejabat di rumah (home office) bagi mereka yang bekerja dari rumah, berikutan pandemik kini menjadi norma baharu.

Menjamin kepuasan, setiap unit mempunyai susun atur yang luas dan boleh memenuhi keselesaan untuk keluarga seramai enam orang atau lebih serta mempunyai ruang parkir untuk dua kereta.

bayu sutera 4

Susun atur yang membolehkan fleksibiliti untuk mencipta ruang yang anda ingini.

Ini sekali gus membolehkan fleksibiliti yang utama dan mencipta kediaman idaman, memandangkan ruang boleh diubahsuai mengikut keperluan dan pilihan anda.

Seperti mana presint lain di Bayu Sutera, kediaman Elonia dilengkapi dengan pos pengawal, keselamatan dan pagar perimeter demi ketenangan minda dan keselamatan para penghuninya.

Selain itu, dengan rancangan untuk mengembangkan perbandaran di sini, dijangka beberapa pembangunan yang sedang berjalan akan dilanjutkan untuk menempatkan lebih banyak kediaman.

Bagi Bayu Sutera sendiri, yang mempunyai lebih daripada 2,000 unit akan datang, bakal menjadi fokus utama buat masa ini dan menuju ke 2023 dan 2024.

Galeri jualan baharu di Bayu Sutera kini dibuka. Untuk maklumat lanjut mengenai Elonia dan Bayu Sutera, kunjungi galeri atau layari https://thestar.bayusutera.com/.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain