suria

Geram! Bungkusan belum buka tapi ada kutu beras... Ini punca dan cara basmi musuh suri rumah

Anda boleh menjemur beras di bawah matahari untuk atasi masalah kutu beras. Foto: Twitter @naimpestcontrol

KEHADIRAN bubuk atau kutu beras bukanlah satu perkara yang aneh, malah kita semua sering berdepan dengan masalah itu.

Kadang-kala kita berasa hairan, bagaimana kutu beras boleh ada sedangkan bungkusan beras masih belum dibuka.

Menurut seorang pelayar Twitter dikenali Naim, kutu beras atau rice weevil merupakan serangga di dalam kategori Stored Product Pest. Sumber makanan serangga ni adalah biji benih gandum, tepung dan beras.

Mana datangnya kutu beras?

Menurut Naim yang menawarkan khidmat kawalan serangga, kutu beras sebenarnya bertelur di dalam beras itu sendiri.

Ia akan menjadikan sebutir beras sebagai tempat menyimpan telurnya. Caranya adalah dengan menebuk isi dalam beras itu sehingga kosong.

Apabila dah sampai tempoh matang, serangga ini akan keluar daripada beras yang menjadi tempat tinggal, kemudian ia akan meneruskan hidup dengan memakan beras yang lain.

Pada masa yang sama, ia akan membiakkan lagi telurnya ke dalam beras yang lain.

FcgI1joagAEzAg8

Kutu beras merupakan serangga di dalam kategori Stored Product Pest.

"Sebab itu apabila kita jarang masak, maka cepatlah ia keluar. Yang rajin masak nasi tu binatang ni tak sempat keluar sebab kita dah masak beras yang ada telur dia tu sekali jadi nasi.

"Dapatlah extra protein. Tapi tak ada masalah pun kalau termakan telur kutu beras ni," ujar Naim berseloroh.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini cara mudah buat racun organik guna nasi, air beras... lebih selamat, pokok pun subur

Cuma, kalau beras yang ada masalah kutu, berasnya cepat hancur. Malah kalau dimasak, nasi jadi tak tahan lama dan cepat basi sebab dah tercemar, tambah Naim lagi.

Bagaimana nak keluarkan kutu beras?

Serangga ini sangat sensitif dengan suhu. Paling mudah jemur tengah panas di bawah matahari dalam 15 ke 20 minit.

Nanti kutu akan keluar sendiri daripada beras. Pastikan beras itu kita tebar atas talam ya.

Cara elakkan kehadiran kutu beras

1. Letak daun Bay Leaves - Daun ini boleh menjadi repellent kepada kutu beras sebab bau yang dihasilkannya.

2. Lada hitam - Biji lada hitam tinggi dengan toksik pada serangga ini. Jadi anda boleh tabur sedikit ke dalam bekas beras.

3. Vacuum Pack - Simpan beras dalam vacuum pack boleh mengelakkan daripada telur kutu beras menetas.

4. Simpan beras dalam peti - Kaedah ini jarang dibuat, tapi masih berkesan sebab kutu beras sensitif juga dengan suhu sejuk. Jadi ia tak boleh nak hidup dalam suhu itu.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain