suria

Begitu sulit, lupakan Rehan! Lagu viral TikTok terus melekat dalam kepala... anda mungkin terkena cacing telinga

Earworms merupakan lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda sehingga mengganggu ketenteraman.Foto: AFP Relaxnews.

SUATU masa lalu, radio dan televisyen (TV) menjadi platform utama untuk memperkenalkan sesebuah karya lagu.

Seiring perubahan zaman, hari ini aplikasi TikTok menjadi lubuk kepada lagu-lagu tular yang menjadi kegilaan ramai.

Terbaharu, lagu yang dinyanyikan dengan bait-bait lirik "Begitu sulit, lupakan Rehan..." terus menjadi siulan anak muda menerusi aplikasi itu.

Pernahkah anda terfikir kenapa melodi lagu itu begitu senang ditangkap, malah terus 'melekat' dalam fikiran sehingga kadang kala kita menyanyikannya secara tak sengaja?

Jika lirik tersebut masih berputar di minda tanpa henti, ketahui bahawa ia adalah situasi yang dinamakan earworms atau cacing telinga.

Earworms ialah lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda sehingga mengganggu ketenteraman.

Ciri-ciri lagu earworm

Ahli psikologi muzik mendapati lagu-lagu ini lebih pantas dan mempunyai ciri melodi yang ringkas dan panjangnya hanya 15 hingga 30 saat.

Muzik bagi earworm juga mempunyai beberapa selang unik antara nota yang menjadikan lagu itu menonjol.

Tip untuk menghentikan earorms

1. Dengarkan keseluruhan lagu.

Silhouette of woman with microphone singing on concert stage in front of crowd.

Kebanyakan kes cacing telinga adalah tidak serius, malah mungkin sebahagian daripada proses kreatif otak anda. Foto: AFP

Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu "terperangkap pada gelung" di kepala anda.

2. Tambah variasi lagu dalam fikiran

Fikirkan atau dengar lagu lain yang lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan. Berzikir juga mampu membantu.

3. Abaikan

Cuba untuk tidak memikirkannya dan biarkan ia lenyap secara semula jadi dengan sendirinya.

4. Gula-gula getah.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan malu guna ‘dating app’ untuk cari jodoh, cuma ingat 5 perkara ini sebelum buru cinta si dia

Apabila mengunyah gula-gula getah sejurus mendengar lagu yang sangat menarik, mereka kurang berkemungkinan diganggu oleh eaworwrm

Adakah ia bahaya?

Menurut Public Health Malaysia, kadangkala ia berlaku dengan gangguan obsesif-kompulsif, sindrom psikotik, sakit kepala migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis — apabila anda terus mendengar bunyi lama selepas ia hilang.

Dalam kebanyakan kes, cacing telinga adalah neutral, tidak serius, malah mungkin sebahagian daripada proses kreatif otak anda.

Cacing telinga yang berterusan (bertahan lebih daripada 24 jam) mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lebih serius.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain