suria

Tidak hanya cuci rambut, syampu bayi boleh digunakan orang dewasa bersihkan 5 benda ini

Syampu bayi mempunyai pelbagai kegunaan selain mencuci rambut.

TAHUKAH anda syampu bayi tidak hanya boleh digunakan untuk mencuci rambut? Sebaliknya ia mempunyai pelbagai kegunaan lain termasuk membersihkan barang dan kotoran pada pakaian.

Apa sahaja kegunaan lain syampu bayi? Berikut adalah enam kegunaan untuk pelbagai perkara di rumah.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru tahu... rupa-rupanya cecair antiseptik boleh guna untuk 4 perkara ini!

Berus Soleka

1. Membersihkan berus solekan

Membersihkan berus solekan yang kotor boleh menjadi perkara yang menyusahkan. Tetapi dengan menggunakan syampu bayi ia memudahkan malah mampu membersihkannya dengan lebih baik.

Caranya cukup mudah, celup berus yang kotor ke dalam air panas dan titiskan syampu bayi secukupnya.

Kocakkan berus dalam air itu untuk mengeluarkan kotoran yang terperangkap di antara bulu berus dan bilas dengan air panas.

Baju Terkena Cat

2. Menghilangkan kotoran cat

Syampu bayi dapat menghilangkan kesan cat berasaskan air daripada pelbagai permukaan seperti kulit dan pakaian.

kotor Berpeluh

3. Menghilangkan kotoran akibat peluh

Tidak hanya itu, syampu bayi juga boleh menghilangkan kesan peluh pada pakaian. Caranya, rendam pakaian dalam air bancuhan syampu bayi selama sejam sebelum menyentalnya dengan berus.

Bilas menggunakan air bersih atau masuk ke dalam mesin pencuci.

Letather

4. Membersihkan bahan berasaskan kulit

Mencuci sofa atau kasut kulit bukan perkara mudah tetapi menggunakan syampu bayi boleh mengembalikan kilauannya. Caranya juga mudah, titiskan syampu bayi di atas kain kering dan sapu di atas permukaan kulit yang ingin dibersihkan.

Ia bukan sahaja membersihkan kotoran tetapi membantu menjaga barang-barang kulit kesayangan anda terlihat lebih baik dan berkilat.

Cuci baju

5. Alternatif serbuk pencuci

Jika serbuk pencuci sudah habis, syampu bayi boleh digunakan untuk mencuci pakaian. Sebaik-baiknya rendam terlebih dahulu pakaian yang ingin dicuci sebelum dimasukkan ke dalam mesin basuh.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain