suria

Awas! Duduk bersilang kaki boleh jejaskan kesihatan... ketahui 4 perkara ini, yang terakhir memang membimbangkan!

Kekerapan duduk menyilangkan kaki berpotensi tinggi untuk mengalami penyakit Vena Varikos (urat simpul). - Gambar Sekadar Hiasan

TABIAT duduk bersila perlu dielakkan walaupun ia dianggap posisi yang memaparkan dari sudut elegan.

Namun ia tetap posisi duduk dengan kaki bersilang yang tidak baik untuk kesihatan tubuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Cuba periksa kuku kaki anda, jika beralun ia mungkin tanda ada penyakit!

Kebiasaannya tanpa disedari ketika duduk, sesetengah individu ada yang bersilang kaki baik di pejabat ataupun ketika lepak bersama rakan.

Pun begitu, kadangkala anda tidak menyedari bahawa ketika duduk, kaki sedang bersilang.

Tabiat ini, seperti yang diringkaskan daripada beberapa sumber, nyata memberikan kesan negatif kepada kesihatan.

Terdapat sekurang-kurangnya empat tabiat yang berbahaya untuk seseorang apabila sering duduk bersilang;

1. Sakit belakang dan leher

Sebaik-baik posisi adalah duduk dengan kedua-dua kaki menyentuh lantai. Malangnya, perkara itu tidak kerap berlaku. Ramai yang condong ke kanan, ke kiri atau menyilang kaki.

Menurut ahli terapi ortopedik, Vivian Eisenstadt, kedudukan bersilang kaki akan menyebabkan sakit di leher dan belakang.

Daripada situ juga katanya, posisi itu akan menimbulkan masalah di bahagian pinggul yang kemudiannya memberi kesan pada tulang belakang.

Semakin lama anda duduk dengan kaki bersilang, semakin besar tekanan pada tulang belakang dan kerap berasa sakit.

Dia mengesyorkan duduk dalam kedudukan yang sempurna dengan lutut dan tumit membentuk sudut 90 darjah dan memastikan tulang belakang seimbang.

2. Vena varikos (urat simpul)

Tiada siapapun yang inginkan urat labah-labah atau juga dikenali sebagai vena varikos pada betis. Namun, hakikatnya perkara ini sering dialami oleh sebilangan orang.

Pakar kardiologi di Pusat Perubatan Cedar Sinai, Hooman Madyoon, sedang mencari punca antara posisi duduk dan urat varikos.

Madyoon berkata, menyilangkan kaki boleh meningkatkan tekanan pada saluran darah yang berperanan penting untuk membawa darah kembali ke jantung.

Apabila duduk dalam posisi ini, sebelah kaki akan memberi tekanan pada kaki sebelah lagi, dan menjejaskan aliran darah yang akan melemahkan atau menghalang kaki - Ini kemudiannya akan menjadi salah satu punca vena varikos.

3. Tekanan darah tinggi

Menyilang kaki sambil duduk boleh menyebabkan tekanan darah meningkat buat sementara waktu.

Ini kerana, darah di kaki mesti dipam ke jantung untuk melawan graviti. Ia memerlukan banyak tenaga, akan tetapi apabila satu kaki melintasi yang lain, penyumbatan dalam aliran darah boleh berlaku.

Oleh itu badan mesti meningkatkan tekanan darah untuk menolak darah kembali ke jantung.

Sesetengah orang mungkin tidak merasakan sebarang gejala, tetapi apabila posisi ini dilakukan berulang kali dan berterusan ia akan menyebabkan kesakitan.

4. Masalah saraf

Selain menyebabkan tekanan darah meningkat, posisi duduk ini juga akan menjejaskan saluran darah dan saraf di kaki.

Kedudukan duduk bersila akan mengganggu saraf peroneal - saraf ini biasanya berfungsi untuk memberikan pergerakan dan kepekaan pada bahagian bawah kaki dan jari kaki.

Pakar penyakit kaki, Richard Graves, menegaskan, tekanan ini akan menyebabkan kebas dan lumpuh sementara, begitu juga otot di kaki dan jari kaki.

Jika tabiat ini dilakukan secara berterusan, ia akan menyebabkan seseorang itu mengalami lumpuh dalam jangka masa panjang.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain