suria

Kucing pun nak melawa... Jom ambil tahu 7 kebaikan grooming si bulus!

Kucing juga memerlukan penjagaan rapi untuk mengelakkan dari terkena sebarang penyakit. - Gambar Instagram @zulianawang

RAMAI pemilik kucing sering terlepas pandang tentang kepentingan penjagaan atau grooming si bulus kesayangan mereka.

Mendandan kucing bukan sahaja memandikannya tetapi memberus dan menyikat bulu, menggunting kuku dan membersihkan mata dan telinga kucing.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing pun kena vaksin! Ini 4 jenis suntikan si bulus yang perlu anda tahu

Selain menjadikan kucing bersih dan tidak berbau, grooming boleh mengubah penampilan dan mood kucing anda.

Berikut adalah beberapa kelebihan mendandan kucing.



Kucing perlu di hantar ke klinik haiwan jika mengalami sebarang alahan, luka atau penyakit. - Gambar Instagram @bamtorine0905

1. Bersih daripada bakteria dan ektoparasit

Ektoparasit ialah parasit yang hidup di luar badan, seperti kutu dan hama.

Salah satu penyakit teruk yang disebabkan oleh ektoparasit ialah anemia - kerana terdapat ektoparasit yang mengambil darah pemilik badan.

2. Cegah bulu gugur

Kucing yang tidak dijaga dengan baik akan berkutu dan boleh mencetuskan kucing itu untuk terus menggaru.

Ini seterusnya boleh menyebabkan bulu kucing terdedah kepada keguguran rambut yang tidak diingini oleh setiap pemilik kucing.

Pun begitu, dandanan boleh membantu kucing anda untuk mengelakkan kutu supaya ia akan mencegah keguguran rambut.



Pastikan kerap memeriksa kuku si bulus. - Gambar Instagram @bamtorine0905

3. Jaga kesihatan kuku kucing

Kuku kucing juga boleh panjang dan perlu digunting dengan kerap untuk memangkas dan membersihkannya, ia mesti dilakukan dengan berhati-hati.

Ia bertujuan untuk mengelakkan kucing itu memberontak dan marah, lakukan dengan berhati-hati dan pastikan kucing itu selesa.

4. Cegah gumpalan rambut atau bebola rambut

Rambut gugur atau bebola rambut yang melekat perlu dibersihkan dengan betul untuk mengelakkan gumpalan.

Bebola rambut boleh mengganggu pencernaan kucing yang perlu diberi perhatian terutamanya bagi anda yang mempunyai jenis kucing berbulu panjang.



Si bulus juga perlu ditata rias supaya ia selesa dengan aktiviti hariannya. - Gambar Instagram @zulianawang

5. Beri keselesaan kepada kucing

Jika kucing itu sihat, bersih dan berbau harum, sudah tentu ia akan lebih selesa dan mengelakkan tekanan.

6. Jauhkan kulat, bakteria dan virus

Membersihkan bulu kucing dengan kerap boleh memastikan ia bebas daripada kulat, bakteria dan virus yang boleh tumbuh pada kawasan bulu yang kotor.

Selain itu, menjaga kebersihan bulu kucing pastinya akan membuatkan si bulus kelihatan lebih comel.



Kucing akan rasa selesa apabila tiada sebarang kegatalan pada kulit. - Gambar Instagram @bamtorine0905

7. Elak rasa sakit pada kulit kucing

Apabila melakukan dandanan pada soalan khas untuk haiwan peliharaan, biasanya terdapat proses dandanan dalam bentuk memberus.

Manfaat proses memberus serta menyikat bulu adalah untuk menyebarkan minyak asli ke seluruh badan kucing dan membersihkan kotoran.

Faedah dandanan kucing daripada proses ini adalah untuk mengelakkan rintihan manja si bulus dan mengelakkan kulitnya daripada berkedut.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kucing, comel, viral, sakit, penyakit

Artikel Lain