suria

Terubat rindu nak ke Hatyai, pasar mini di Kajang jual macam-macam produk dari Thailand!

Antara produk yang dijual dari Thailand yang dijual di Cherry Mart.

PRODUK dari Thailand sememangnya cukup popular dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama barang berasaskan makanan memandangkan kita berkongsi citarasa yang hampir sama.

Maka tidak hairan destinasi Bukit Kayu Hitam yang juga sempadan Thailand cukup popular dalam kalangan pengunjung bagi mendapatkan barangan dari negara itu yang lebih murah dan terdapat pelbagai pilihan.

ARTIKEL BERKAITAN: Risau harga barang mahal? Inilah masa untuk anda berbelanja di MR DOLLAR, harga barangnya tak naik-naik... RM2 atau RM5 je!

Menyedari populariti barangan dari Thailand, sebuah kedai runcit iaitu Cherry Mat yang terletak di Taman Kajang Putra, Kajang, Selangor tampil dengan konsep mengetengahkan produk daripada negara jiran dan Pantai Timur kepada pelanggan.

270

Pelbagai jeruk buah-buahan dan sayur-sayuran turut dijual.

Tidak hanya menjual pelbagai jenis pes tom yam, sos ikan dan sotong, di pasar mini itu juga terdapat pelbagai barangan yang jarang didapati di kedai runcit biasa.

Pendek kata pelanggan memang boleh rambang mata apabila melihat pelbagai seleksi jeruk buah, jeruk sayur-sayuran, selain kelengkapan barangan memasak tom yam, nasi kerabu dan sebagainya.

Tidak hanya itu, di Cherry Mat juga turut dijual produk snek halal seperti satay ikan, sos Thailand dan sebagainya.

279

Mi segera dari Thailand yang cukup popular di Malaysia turut dijual.

Pengurus Cawangan Cherry Mart, Hasrul Hisham berkata, idea menjual barangan dari Thailand itu tercetus selepas mendapat maklum balas pelanggan yang sukar mencari produk-produk dari negara jiran itu di sekitar Lembah Klang.

"Berdasarkan maklum balas pelanggan, Cherry Mart cukup unik kerana ia menawarkan barangan untuk masakan Thai dan negeri di Pantai Timur yang cukup digemari rakyat Malaysia.

"Hampir kesemua barang-barang itu diimport dari Thailand dan pastinya ia halal," katanya.

266

Budu pun ada!

Pun begitu kata Hasrul, Cherry Mart sebenarnya berkonsepkan pasar basah, kombinasi dengan citarasa kampung berhawa dingin dengan menjual pelbagai makanan laut segar termasuk daging dan ayam halal dengan proses penyembelihan mengikut syarak.

Tidak ketinggalan, di pasar mini itu juga turut menjual pelbagai sayur-sayuran segar yang diambil terus dari ladang.

"Jika ada pelanggan yang ingin masak nasi kerabu sebagai contoh, kita ada semua bahan-bahan seperti ikan kisar dari Thailand, bawang kisar, kacang tumbuk dan sayur-sayuran segar dan ulam-ulaman.

272

Hasrul turut mengadakan demonstrasi masakan menggunakan bahan-bahan di pasar mini itu.

"Pendek kata, balik tinggal masak sahaja tanpa perlu susah-susah," katanya yang menyasar untuk membuka 10 lagi cawangan Cherry Mart pada 2022.

Menurut Hasrul, Cherry Mart menjanjikan persekitaran dan suasana yang selesa, di mana keunikan Cherry Mart ini bukan sahaja terletak pada harganya yang berpatutan, tetapi juga khidmatnya yang efisyen dikenali sebagai "Potong, Bungkus, Hantar", bagi yang mahukan penghantaran terus ke depan pintu rumah.

Tidak hanya sekadar mencari keuntungan, Cherry Mart juga berkolaborasi dengan gerak kerja misi bantuan banjir, terutama bagi membekalkan air mineral ke kawasan terjejas banjir baru-baru ini.

267

Pelbagai jenama sos dari Thailand.

Kedai runcit itu turut mengetengahkan konsep "Membeli Sambil Berinfaq" di mana melalui konsep ini, pada hari tertentu barangan basah akan diagihkan kepada madrasah dan sekolah tahfiz yang terpilih sebagai sekolah angkat.

Yakin bahawa rezeki sama untuk dikongsi dan berpegang dalam rezeki kita ada juga rezeki orang lain, Cherry Mart sangat mengharapkan doa dan sokongan orang ramai untuk terus memenuhi fardu kifayah, berniaga, bersilaturahim dan berinfaq.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain