RAMAI suri rumah memilih untuk menyediakan stok bahan masakan kisar bagi memudahkan dan mempercepatkan urusan di dapur.Antara bahan asas penting dalam kebanyakan masakan adalah bawang putih. Bagaimanapun, teknik penyediaan dan penyimpanan yang salah boleh menyebabkan bawang putih kisar bertukar warna menjadi kehijauan, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada ia masih selamat digunakan atau sebaliknya.ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa baru sekarang jumpa petua ni? Akhirnya dah tahu cara goreng ikan keli supaya tak meletup dalam kualiMenerusi satu perkongsian di media sosial, seorang pengguna menjelaskan situasi tersebut berlaku apabila sebatian sulfur dalam bawang putih bertindak balas dengan asid atau mineral tertentu."Apabila bawang dipotong atau dikisar, enzim akan bertindak balas dan menghasilkan pigmen berwarna hijau atau kebiruan."Ia reaksi semula jadi dan bukan 'santau' dapur," kongsinya.Namun begitu, orang ramai dinasihatkan agar lebih peka terhadap tanda-tanda lain yang menunjukkan kerosakan. "Sekiranya bawang kisar mengeluarkan bau pelik, berlendir atau mempunyai rasa masam, ia menandakan bahan tersebut sudah rosak," menurutnya.Selain itu, bawang putih kisar juga tidak digalakkan disimpan terlalu lama pada suhu bilik kerana ia mudah rosak dan berisiko menjadi tempat pembiakan bakteria.Berikut merupakan tip penyimpanan yang betul:- Elakkan mengisar bersama air kerana ia mempercepatkan kerosakan dan meningkatkan risiko pembiakan bakteria.- Gunakan sedikit minyak semasa mengisar bagi membantu ketahanan bahan.- Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengelakkan pencemaran luar.- Lebih selamat disimpan di dalam peti sejuk (chiller) atau bahagian sejuk beku (freezer).