suria

Kenapa baru sekarang jumpa petua ni? Akhirnya dah tahu cara goreng ikan keli supaya tak meletup dalam kuali

Minyak bukan sahaja tidak 'meletup', malah ikan keli juga tidak melekat pada kuali. -Foto Threads @sarisyah11

MENJELANG sambutan Hari Raya Aidilfitri, suasana di kampung pasti lebih meriah dengan kehadiran anak-anak yang pulang dari perantauan.

Dalam kemeriahan itu juga, dapur menjadi antara lokasi paling sibuk apabila ahli keluarga bersama-sama menyediakan hidangan untuk santapan ramai.

Namun bagi sesetengah menantu, terutama yang jarang masuk ke dapur, situasi ini kadangkala boleh menimbulkan rasa gelisah. 

Bayangkan jika tiba-tiba diminta membantu menggoreng lauk, lebih-lebih lagi ikan keli yang terkenal dengan sifatnya yang mudah ‘meletup’ ketika dimasak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Rebus nasi impit segera pun gagal? Kena cuba teknik 5-30-7, hasilnya padat dan tak lembik

Silap langkah, bukan sahaja minyak terpercik, malah boleh membuatkan suasana di dapur menjadi kelam-kabut!

Bagaimanapun, perkongsian seorang wanita, @sarisyah11 pasti melegakan hati kerana mereka tidak perlu lagi bimbang jika minyak gorengan meletup.

Rupanya ada petua mudah dan hanya menggunakan bahan di dapur, iaitu tepung gandum.

Cara-caranya:

1. Pastikan minyak untuk menggoreng ikan keli benar-benar panas. Sebaiknya gunakan minyak masak baharu bagi mendapatkan hasil gorengan yang lebih baik.

2. Masukkan dua sudu tepung gandum ke dalam minyak panas tersebut dan kacau perlahan agar tepung larut bersama minyak.

3. Selepas itu, masukkan ikan keli ke dalam kuali dan goreng seperti biasa sehingga masak.

Menurutnya, kaedah ini dipercayai dapat mengurangkan percikan minyak serta mengelakkan minyak 'meletup' ketika proses menggoreng.

Malah, petua tersebut juga boleh digunakan untuk beberapa jenis gorengan lain yang sering menyebabkan minyak terpercik, seperti ayam, paru dan sebagainya.

Artikel Lain