RENDANG sememangnya antara juadah wajib setiap kali tibanya hari raya.Sama ada rendang daging atau ayam, hidangan ini sangat enak dinikmati bersama ketupat, nasi putih mahupun pulut kukus. Namun begitu, tidak dinafikan ada situasi di mana rendang yang dimasak tidak tahan lama dan cepat basi.Seorang individu, @chesuselayangpandan tampil berkongsi beberapa petua yang diamalkannya bagi memastikan rendang tahan lebih lama dan tidak mudah rosak.Menurutnya, antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah ketika proses mengisar bahan. ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa baru sekarang jumpa petua ni? Akhirnya dah tahu cara goreng ikan keli supaya tak meletup dalam kualiDia mengingatkan agar tidak menggunakan terlalu banyak air semasa mengisar kerana lebihan air boleh menyebabkan rendang mudah basi."Bahan yang dah dikisar, saya akan masak dulu dalam kuali tanpa minyak sehingga air betul-betul kering. Lepas itu barulah saya masukkan minyak dan mula menumis," kongsinya dalam hantaran di Threads.Tambahnya lagi, proses menumis juga memainkan peranan penting. Bahan tumisan perlu dimasak dengan api sederhana sehingga benar-benar pecah minyak, yang biasanya mengambil masa kira-kira satu jam setengah."Kemudian baru masuk daging dan masak lagi dengan api yang perlahan sekurang-kurangnya antara tiga hingga empat jam," menurutnya. Selain itu, santan juga menjadi antara faktor utama yang boleh menyebabkan rendang cepat basi.Dia menasihatkan agar memilih santan asli tanpa campuran air atau tepung."Pastikan guna santan yang betul-betul pure, sebab ada sesetengah penjual campur air atau tepung, itu yang buat rendang cepat rosak," ujarnya lagi.