suria

Burger sotong saiz XXL bikin air liur meleleh... Sos pedas Korea pula buat mulut comot pada gigitan pertama!

Marshall Co

PERNAHKAH anda mendengar atau mencuba burger sotong? Pasti kebanyakan daripada kita tidak pernah merasainya kerana kebiasaannya gerai menjual burger hanya menyediakan menu biasa iaitu pati ayam, daging lembu, daging kambing atau pun ikan.

Paling rare mungkin burger rusa atau arnab - itu pun tidak banyak peniaga yang menjualnya kerana permintaannya tidak tinggi selain lebih mahal.

Tetapi di Marshall Co yang terletak di SS15, Subang Jaya, Selangor, ia cukup berlainan dengan kedai-kedai burger seumpamanya.

Hampir kesemua menu di dalamnya cukup istimewa termasuklah Squid Burger yang diinspirasikan daripada kegilaan drama bersiri popular Squid Games.

IMG_3202

Squid Burger didatangkan dengan sos pedas Korea istimewa.

Bukan sekadar burger tetapi ia memberi pengalaman luar biasa kerana menggunakan sotong sebenar bersaiz XXL yang pastinya akan membuat air liur anda meleleh dan comot ketika gigitan pertama!

Digoreng menggunakan rempah khas, burger ini turut dihidangkan bersama sos Korea pedas istimewa selain bawang karamel, tomato ceri dan kubis yang membuat gigitan pertama tidak dapat dilupakan.

Apatah lagi, sekeping keju yang meleleh di tengah akan menambah rasa kepada burger istimewa ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Ubat rindu masakan klasik Melayu dengan Qatar Airways... Cef Wan saji menu istimewa, ayam percik pun ada!

Selain burger sotong, antara menu lain inspirasi Korea Selatan yang boleh dicuba adalah burger Spicy Gangnam Burger dan Korean Spicy Fried Chicken.

Burger Petai

Sambal Petai Chicken Burger antara menu yang patut dicuba.

Bagi yang sukakan citarasa tempatan, Marshall Co turut menyediakan menu Sambal Petai Chicken Burger yang pastinya membuatkan sesiapa sahaja terpikat.

Bersiap sedia merasai kepedasan sambal dengan petai yang bertaburan dalam burger anda. Setiap gigitan pastinya akan disertai kerangupan petai memberi sensasi tempatan mengagumkan.

Antara menu lain yang wajib dicuba jika ke Marshall's Co adalah Creamy Salted Egg Chicken Burger, Marshall's Original Burger, Burst N Melt Burger dan Marry Me Burger.

Bagi penggemar daging lembu, Marshall's Co turut mempunyai variati seperti Big Marshall's Burger, Streaky Beef Burger 2.0., Good Ol' Double Cheeseburger, Marshall's Original Burger.

Pelbagai Burger

Terdapat pelbagai pilihan burger di Marshall's Co.

Sebagai menu sampingan, Fries, Marshall's Onion Rings boleh dipesan sebagai pelengkap hidangan anda.

Bagi kelainan anda boleh memesan Cheezy Hand-Cut Fries yang menggunakan kentang russet dengan sos keju berserta taburan herba cukup enak.

Paling penting adalah kesemua restoran Marshall's Burger mempunyai sijil halal seperti diperuntukkan pensijilan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Selain SS15, Subang Jaya, Marshall's Co turut mempunyai 11 cawangan di Lembah Klang, Pulau Pinang, Perak dan Perlis.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain