suria

KFC perkenal polisi tukar ayam, Jimat Siang promosi serendah RM7.99 hargai pelanggan setia

KFC Malaysia memperkenalkan polisi Rasa Kualiti Terjamin dan promosi Jimat Siang.

SEJAK kebelakangan ini, ramai pelanggan restoran makanan segera popular, KFC merungut dengan saiz ayam yang dibeli dikatakan terlalu kecil dan tidak setimpal dengna harga yang dibayar.

Menyedari rungutan pelanggan, KFC mengambil berat setiap aduan yang diterima dan memegang kukuh komitmen sama iaitu berterusan mencipta juadah menyelerakan tanpa kompromi terhadap nilai dan kualiti supaya kunjungan ke restoran itu tidak mengecewakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya cawangan kedua dibuka di KL! Ini 5 sebab kenapa anda kena cuba menu di Five Guys

Ketua Jenama KFC Malaysia, Stephen Chew berkata, setiap pelanggan berhak untuk mendapat ayam goreng berkualiti tinggi dan disebabkan itu pihaknya melancarkan polisi 'Rasa Kualiti Terjamin' bermula 10 Mei 2022.

Chew berkata, polisi itu membenarkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti.

"Pelanggan cuma perlu imbas kod QR unik yang disediakan di restoran KFC, isi dan menghantar borang penukaran tersebut dan menunjukkan halaman 'thank you' di kaunter untuk mendapat gantian," katanya kepada mStar.

WhatsApp Image 2022-05-10 at 2.46.11 PM

Stephen Chew memberitahu kepuasan pelanggan adalah keutamaan KFC.

Tidak cukup dengan itu, Chew berkata, dalam misi mencetuskan kembali rasa cinta pelanggan terhadap KFC, jenama itu turut melancarkan kempen 'Jimat Siang' iaitu promosi terbaharu yang menawarkan kombo makan tengah hari dengan harga serendah RM7.99.

Menerusi 'Jimat Siang', pelanggan dapat menikmati diskaun istimewa itu dari Isnin hingga Khamis, pada pukul 12 tengah hari hingga 2 petang melalui enam variasi kombo iaitu;

1. Kombo Snack Plate (RM12.99)

2. Kombo Dinner Plate (16.99)

3. Kombo Rice Plate Seketul Ayam (RM8.99)

4. Kombo Rice 2 Ketul Ayam (RM12.99)

5. Kombo Zinger Klasik (RM10.99)

6. Kombo Burger Kolonel Klasik (RM7.99)

Promosi terhad itu boleh didapati melalui khidmat makan di restoran, bawa pulang dan pandu lalu di kebanyakan KFC seluruh negara.

Sementara itu, peminat KFC turut boleh melawat Pizza@Starhill Gallery untuk mencuba permainan mesin cakar KFC Klaw for Chicken dalam KFC Bucket gergasi yang ditempatkan di situ.

Selain memenangi bantak drummie, pelanggan berpeluang mendapat baucar KFC di samping bergambar dan menyertai aktiviti menarik lain sehingga 9 Jun 2022.

Visual kenangan manis bersama KFC juga turut dipaparkan di papan iklan 3D yang terletak di KLCC Junction dan Pavilion Elite.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain