suria

Akhirnya cawangan kedua dibuka di KL! Ini 5 sebab kenapa anda kena cuba menu di Five Guys

Five Guys kini dibuka di Pavilion Kuala Lumpur.

ANDA minta, anda dapat! Five Guys akhirnya membuka cawangan kedua di Kuala Lumpur selepas restoran pertamanya di Resort World Genting Highlands yang dibuka pada tahun lalu mendapat sambutan ramai.

Restoran rangkaian makanan segera terkenal Amerika Syarikat itu membuka cawangan keduanya di pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur, Bukit Bintang pada April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Nasi ayam di Jeremy's Chicks tampil kelainan, Nasi Chicks Percik dan BBQ paling mantap!

Di Five Guys, restoran itu menawarkan pelbagai pilihan burger termasuk 15 jenis topping yang boleh dipilih mengikut kegemaran pelanggan.

Sudah pilih burger, ia pelu dipadankan dengan kentang goreng bersama milkshake yang mana Five Guys menawarkan shake asas vanila berkrim dan boleh dipadankan dengan lapan campuran premium secara percuma.

Interiors 4

Five Guys membuka cawangan kedua selepas kejayaan restoran pertamanya di Resort World Genting Highlands pada tahun lalu.

Jika ingin meningkatkan keenakan burger, boleh cuba menambah beberapa bahan mengikut cita rasa seperti jeruk, tomato, jalapeno panggang dan sos pedas atau sandwich keju panggang bersama daging, cendawan panggang, bawang, lada hijau dan mustard.

Tidak ketinggalan burger keju dengan jeruk, salad, tomato dan mayonis. Jika kurang, minta rempah cajun dan kentang goreng yang ditambah bersama daging burger untuk menambahkan lagi kelazatan burger anda.

Tidak hanya burger, Five Guys juga turut menawarkan hotdogs dan sandwich selain pelanggan boleh menukar roti burger dengan balutan daun salad yang rangup dan menyihatkan.

Bagi pelanggan beragama Islam, jangan bimbang kerana Five Guys turut mempunyai sijil halal.

Selain keenakan burgernya, ada lima sebab lain mengapa anda patut cuba keenakan hidangan di Five Guys!

FIVE GUYS group shot

1. Pilihan ikut keperluan diet pelanggan

Ramai tidak mengetahui bahawa Five Guys menghidangkan sandwich berasaskan sayur-sayuran dan ia sesuai bagi mereka yang bergelar vegetarian atau sedang diet.

Manakala kentang goreng pula digoreng menggunakan 100 peratus minyak kacang tanah dan sesuai untuk golongan vegan dan elergi terhadap gluten. Malah burger juga boleh dipesan tanpa menggunakan bun sebaliknya diganti dengan daun salad.

FIVE GUYS team 1

2. Tiada peti sejuk beku di Five Guys

Disebabkan penekanan yang kuat terhadap kesegaran dan kualiti, Five Guys menyediakan bahan-bahan dari awal setiap hari dan bahan-bahan hanya disimpan di dalam peti sejuk.

Milkshake

3. Standard burger Five Guys

Standard burger di Five Guys adalah patty daging berganda. Pelanggan juga boleh memilih burger bersaiz kecil yang terdiri daripda satu patty.

Interiors 1

4. Minyak kacang, hasil gorengan sempurna

Five Guys menggunakan minyak kacang untuk memasak kentang goreng kerana ia adalah pilihan lebih sihat dan mengandungi lemak tidak tepu. Untuk mendapat hasil gorengan sempurna, kentang akan digoreng sebanyak dua kali sehari untuk memastikan rasa dan tekstur yang sama sepanjang hari.

Interiors 3

5. Nama Five Guys

Five Guys pada asalnya merujuk kepada Jerry Murrells yang juga pengasas jenama itu dan empat anak lelakinya iaitu Jim, Matt, Chad dan Ben. The Murrells kemudiannya menyambut kehadiran seorang lagi anak lelaki, Tyler. Five guys merujuk kepada kesemua lima anak lelakinya.

Five Guys bermula sebagai bisnes keluarga yang menjual burger serta kentang goreng dan ia kemudiannya menjadi kegemaran masyarakat di Washington sejak 1986.

Pada 2003, Five Guys menawarkan peluang francais dan hanya dalam tempoh 18 bulan, jenama itu telah menarik 300 usahawan dan menjadikan ia antara jenama terkenal di Amerika.

Kini Five Guys mempunyai 1,700 cawangan di seluruh dunia termasuk di Malaysia, China, Austria dan Australia manakala terdapat 150 buah cawangan lagi sedang dalam perancangan untuk dibuka.

Five Guys terletak di Lot C3.06.01, Level 3, Connection, Pavilion Kuala Lumpur dan dibuka setiap hari, 11 pagi hingga 10 malam.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain