suria

Biar betul RM20! Cef Zainal ada sebab tawar bufet Ramadan harga murah, juadah setaraf hotel 5 bintang

Cef Zainal Abd Rahman menawarkan bufet Ramadan di restorannya dengan harga RM20.

PASTI ramai tidak akan percaya terdapat restoran yang menawarkan bufet Ramadan dengan harga hanya RM20 seorang.

Ini kerana kebiasaannya hotel dan restoran akan menawarkan harga serendah RM100 atau lebih memandangkan hidangan disediakan juga lebih pelbagai dan istimewa ketika Ramadan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun terperap berbuka di rumah, apa kata intai 12 bufet Ramadan untuk dikunjungi kali ini!

Tetapi bagi Restoran Tanjung Puteri di Hartamas, Kuala Lumpur, harga itu disifatkan sebagai hadiah kepada pelanggan setia restoran itu yang sudah beroperasi selama 26 tahun.

WhatsApp Image 2022-04-11 at 2.01.40 PM (3)

Laksa Johor antara menu istimewa di Restoran Tanjung Puteri.

Pemilik dan cef utamanya, Zainal Abd Rahman berkata, harga itu adalah sebagai hadiah Ramadan kepada pelanggan restorannya selain ingin mengambil keberkatan bulan mulia itu untuk melakukan sedekah dan mengumpul pahala sebagai saham akhirat.

Jelas Cef Zainal, harga dikenakan sebenarnya adalah RM39 sekepala tetapi beliau menginfakkan RM19 dan pelanggan hanya perlu membayar bakinya.

"Selama 26 tahun saya membuka restoran ini, memang cukup ramai pelanggan tetap yang setia makan di sini setiap hari dan niat saya bersempena Ramadan ini adalah hendak beri peluang kepada pelanggan termasuk rakan-rakan menikmati juadah berbuka dengan harga istimewa.

"Saya langsung tidak fikirkan tentang keuntungan tetapi saya berharap kepada pahala dan ganjaran yang lebih besar menanti di akhirat kelak, Insya-Allah.

WhatsApp Image 2022-04-11 at 2.01.40 PM (2)

Tauhu bersama sambal kicap juga antara juadah perlu dicuba.

Selain mengumpul pahala, menerusi acara seperti ini saya dapat menambah kenalan dan menjalin persahabatan dengan tetamu yang hadir," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Cef Zainal berkata, meskipun harga ditawarkan murah berbanding bufet Ramadan yang lain tetapi dia tetap menjaga kualiti makanan dan memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Bufet Ramadan itu katanya menampilkan tema Masakan Warisan Tradisi Melayu menerusi lebih 40 juadah berbuka puasa seperti

laksa Johor, pecal, bubur lambuk, bubur pulut hitam, cucur udang, kuih-muih tradisional Melayu, lauk-pauk Melayu dan sebagainya.

"Meskipun harganya murah, makanan disediakan tidaklah sekadar ala kadar tetapi menepati citarasa pelanggan dan bertaraf hotel lima bintang dengan pelbagai pilihan ketika berbuka puasa.

WhatsApp Image 2022-04-11 at 2.01.40 PM (8)

Restoran ini boleh memuatkan 200 tetamu pada satu-satu masa.

"Alhamdulillah pelanggan yang datang semuanya berpuas hati dengan makanan disediakan dan itu sudah cukup membuatkan saya gembira," katanya yang pernah berkhidmat sebagai cef di Asahi International di Jepun selama 13 tahun.

Disebabkan harganya yang murah, Cef Zainal berkata, sejak bufet Ramadan itu dibuka kepada pelanggan sejak 13 April lalu, restorannya itu penuh dengan pelanggan ketika waktu berbuka puasa.

"Restoran kami boleh menampung 200 tetamu pada satu-satu masa dan Alhamdulillah setiap hari penuh dengan pelanggan," ujarnya.

Bagi mengelak pelanggan yang datang hampa tidak mendapat tempat duduk, cef Zainal berkata pelanggan perlu membuat tempahan di 018-364 7977 atau 017-284 8595.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain