suria

Percutian terhebat akhir tahun! Keseronokan ‘pengembaraan, naga dan magik’ menanti anda di Sunway Lost World of Tambun

Sunway Lost World Of Tambun menawarkan percutian menyeronokkan yang penuh dengan pengembaraan buat seisi keluarga.

MUSIM cuti persekolahan akhir tahun bakal tiba!

Sudahkah anda merancang destinasi percutian bersama keluarga tersayang?

Jangan risau, apa kata cipta memori percutian dengan pengembaraan epik yang menyeronokkan di Sunway Lost World Of Tambun!

Terletak di tengah-tengah formasi batu kapur berusia 400 juta tahun di Tambun, Perak, taman tema yang memenangi pelbagai anugerah ini pastinya memukau pengunjungnya tanpa mengira usia dengan keseronokan dan pengembaraan tanpa batasan!

Bersiap sedia kerana hujung tahun ini, Sunway Lost World Of Tambun akan menghidupkan keterujaan anda secara berganda dengan 'nafas ajaib' daripada naga!

sunway 3

Cahaya bergemerlapan di Lights of Aiyana seperti berada di alam fantasi.

Naga purba dalam hutan mistik yang mempesonakan

Menjadi habitat bagi suku Malayana, hutan mistik Luminous Forest mengalami perubahan yang mempesonakan dengan penemuan pintu masuk ke alam naga purba dan makhluk mitos yang kini hanya tergambar menerusi filem dan imaginasi.

Rasai pengembaraan penuh epik di sepanjang laluan di mana anda pasti terpukau dengan aksi pertunjukan api oleh Eshno, serta cabar keberanian anda bersemuka dengan 'naga purba' yang berkeliaran bebas di dalam hutan mistik ini.

Tidak hanya sekadar 'bertembung' dengan naga, pengembaraan di Luminous Forest lebih mengujakan dengan kunjungan ke takhta Kukuntalu dan selami flora dan fauna mistik di sekelilingnya.

Oh ya, tidak lengkap jika anda tidak mengabadikan kenangan di bawah 'Lights of Aiyana' yang begitu mempesonakan seperti berada di alam fantasi.

Pengembaraan, keseronokan tanpa henti hingga malam

Selain Luminous Forest yang 'hidup' pada waktu malam, tarikan di taman hiburan dan taman tema air Sunway Lost World Of Tambun turut menjanjikan kepuasan buat pengunjung.

sunway 1

Pengembaraan di Luminous Forest lebih mengujakan dengan kunjungan ke takhta Kukuntalu yang dikelililingi flora dan fauna mistik.

Pacu adrenalin dan cabar fizikal anda dengan menaiki roller-coaster Lupe's Adventure dan gelongsor air Tube Raider.

Jangan melepaskan peluang untuk mencuba 'Malayana Rainfortress', gelongsor air dalam suasana gelap setinggi dua setengah tingkat dan yang pertama seumpamanya di Asia!

Rugi juga jika anda tidak mencuba 12 gelongsor air yang pastinya menarik, antaranya Dragon's Lair, terowong air 4D sinematik!

Sambil menemani anak-anak bermain, ibu bapa boleh merehatkan minda ala 'healing' dengan bersantai di Sandy Beach.

sunway 4

Permainan roller-coaster yang pasti mencabar adrenalin.

Dikelilingi gunung yang memukau dan alam semula jadi di sekitar taman tema, pastinya terasa seperti sedang bercuti di pantai luar negara!

Selesai menikmati permainan, keseronokan dapat diteruskan di Jungle Wave Bay untuk merasai pengalaman bermain Awesome Pool Party.

Lebih banyak hidupan liar baharu... tenggiling pun ada!

Nantikan kehadiran 'ahli keluarga baharu' di Lost World Petting Zoo, antaranya haiwan yang semakin terancam iaitu tenggiling.

tenggiling n giraffe

Pengunjung boleh melihat tenggiling secara dekat dan bermanja bersama zirafah, salah satu haiwan liar yang jinak di Lost World Petting Zoo.

Jika anak anda teruja dengan haiwan pemalu tetapi mesra ini, ayuh daftarkan mereka untuk program Explorer Rangers yang kini diubah suai dengan sukatan pelajaran serba baharu dan struktur interaktif pada musim keduanya!

Sangat berbaloi buat kanak-kanak yang menggemari alam semula jadi dan hidupan liar, anda boleh mendaftarkan mereka untuk program selama setahun.

Manjakan diri di kolam air panas

Bagi mereka yang menyukai percutian santai, Lost World Hot Springs Night Park adalah pilihan tepat dan terbaik.

Terdapat 12 kolam air panas mineral 100 peratus semula jadi, diperkaya dengan mineral untuk mencergaskan tubuh badan yang keletihan.

sunway 2

Terdapat 12 kolam air panas mineral 100 peratus semula jadi yang pasti membuatkan tubuh anda segar dan bertenaga.

Tidak lengkap sekiranya anda tidak memanjakan diri dengan menikmati urutan tradisional di Crystal Spa.

Spa ini menawarkan terapi badan, aromaterapi dan urutan. Wah hebat, inilah masanya untuk memanjakan diri dan memperoleh ketenangan minda.

Rai penutup 2023 dengan Santa di Tambun

Penutup cuti akhir tahun semestinya lebih meriah dengan sambutan Hari Krismas. Sempena musim perayaan ini, Sunway Lost World Of Tambun dihiasi dengan lampu bergemerlapan dan dekorasi Krismas yang begitu meriah.

Tidak sekadar itu, terdapat juga hadiah, makanan yang lazat dan persembahan yang mengujakan disajikan untuk pengunjung.

Sangat memuaskan, segalanya tersedia di Sunway Lost World Of Tambun untuk percutian yang sempurna buat anda seisi keluarga.

Tunggu apa lagi? Tempah tiket anda sekarang dan nikmati percutian terhebat di Sunway Lost World Of Tambun. Untuk maklumat lanjut, layari https://sunwaylostworldoftambun.com/

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain