suria

Rancang percutian 2024 lebih awal, dah boleh tempah tiket murah Air Asia sekarang

Air Asia menawarkan perkhidmatan tiket penerbangan harga murah serendah RM76.

TAHUN 2023 tiba ke penghujung dan pastinya ramai sudah mula merancang azam serta ativiti untuk 2024.

Antara yang wajib masuk senarai pastinya destinasi pilihan untuk dikunjungi.

Tidak salah kalau kita mahu merancang lebih awal supaya percutian nanti jadi lebih teratur dan segala persiapan dapat dilakukan sebelum berangkat di destinasi.

Lebih menarik lagi sekiranya dapat tiket penerbangan harga murah serendah RM76 dengan perkhidmatan Air Asia.

Anda boleh pilih destinasi seperti Singapura, Lombok, Nha Trang, Nanning Quanzhou, Trivandrum dan banyak lagi sempena jualan ulang tahun ke-22 syarikat penerbangan tambang murah ini.

Air Asia turut menawarkan tambang dengan harga rendah untuk tiket penerbangan domestik.

Bukan hanya tiket penerbangan antarabangsa, malah sekiranya mahu pulang ke kampung atau bercuti dalam negara juga, Air Asia turut menawarkan tambang dengan harga rendah.

Jadi apa tunggu lagi... inilah masa untuk mengajak rakan-rakan atau ahli keluarga pergi melancong tahun hadapan.

Tempahan tiket boleh dibuat sehingga 10 Disember dan tempoh penerbangan adalah pada 8 Januari hingga 30 September 2024.

Kalau sudah dapatkan tiket penerbangan murah, bolehlah anda buat bajet percutian sepanjang berada di destinasi pilihan nanti.

Sempena meraikan ulang tahun ke-22, Air Asia turut mengadakan acara sambutan Party In The Air dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Denpasar (Bali), Indonesia baru-baru ini.

Tiket penerbangan harga murah serendah RM76 sempena merayakan 22 tahun perkhidmatan Air Asia.

Penumpang dikejutkan dengan kemunculan khas DJ Bates yang menghiburkan sebelum mendarat di pulau percutian berkenaan.

Bukan itu sahaja, penumpang bertuah juga diberikan tiket penerbangan percuma ketika acara berlangsung.

Sementara itu dalam satu acara berbeza Air Asia sekali lagi menghargai penumpang dengan edaran kek cawan sempena merayakan 22 tahun perkhidmatan mereka sebagai syarikat tambang murah pilihan ramai.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain