suria

Countdown 2024, Lexis Hibiscus Port Dickson tawar pakej khas... Cipta memori terindah dengan yang tersayang

Para tetamu akan dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api simbolik sambutan Tahun Baru 2024.

MALAM Tahun Baharu 2024 pasti ingin diabadikan dengan momen istimewa sebagai memperingati memori pahit manis atau kejayaan sepanjang 2023.

Bagi anda yang inginkan kelainan dalam sambutan yang menjelang tiba, bolehlah berkunjung ke Lexis Hibiscus Port Dickson dan merasai kemeriahan sambutan yang ditawarkan.

Amat menarik apabila pakej Percutian Malam Tahun Baru tiga hari dua malam yang ditempah bakal dipenuhi dengan kerlipan warna neon, malah resort juga berubah menjadi lokasi menakjubkan dan mesra keluarga.

Dengan latar belakang pemandangan laut Port Dickson, para tetamu boleh berseronok dengan kemewahan penginapan Lexis Hibiscus dan mencipta kenangan bersama orang tersayang.

Pakej ini bermula 30 Disember 2023 sehingga 1 Januari 2024 dengan kemuncak sambutan ialah Karnival Undur Detik Neon Circus yang eksklusif pada 31 Disember.

Persembahan LED pastinya memukau para tetamu yang hadir.

Persembahan LED pastinya memukau para tetamu yang hadir.

Bermula pukul 5 petang, acara yang mempesonakan ini, hanya dibuka kepada tetamu Lexis Hibiscus Port Dickson di samping hidangan kulinari dan makan malam bufet pantai BBQ antarabangsa yang mewah.

Turut disediakan, permainan karnival, zoo haiwan peliharaan, gerai foto, hadiah cabutan bertuah dan pelbagai hiburan termasuk persembahan tarian LED dan pertunjukan api yang memukau.

Suasana akan dirancakkan lagi dengan dendangan rentak muzik secara langsung dan tarian.

Malam istimewa itu akan berakhir dengan pertunjukan bunga api yang mempesonakan sekali gus menandakan ketibaan tahun baharu.

Bagi anda yang berminat, bolehlah membuat tempahan Karnival Kira Detik NEON CIRCUS 3H2M bagi tempoh penginapan dari 30 Disember 2023 hingga 1 Januari 2024.

Pakej menarik ini termasuk:

1. Kolam peribadi

Mulakan sambutan Tahun Baharu anda dengan keriangan bermain dengan air! Pakej 3H2N termasuk penginapan yang menawarkan kemudahan kolam renang peribadi.

Persembahan menggunakan api yang mengagumkan bakal menanti pengunjung.

Persembahan menggunakan api yang mengagumkan bakal menanti pengunjung.

2. Tambahan istimewa: Sarapan dan cenderamata eksklusif

Mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang lazat di Roselle Coffee House pada 31 Disember 2023 dan 1 Januari 2024.

Bawa pulang beg cenderahati istimewa yang penuh dengan kejutan dan barangan eksklusif untuk memperingati sambutan Tahun Baharu anda yang tidak dapat dilupakan.

3. Karnival kira detik Neon Circus

Jangan lupa berkunjung ke parti eksklusif kira detik Tahun Baharu (untuk tetamu sahaja) pada 31 Disember 2023 yang pastinya menjanjikan suasana malam yang tidak dapat dilupakan.

Pada masa sama terdapat BBQ antarabangsa yang mewah bersama makan malam bufet di Hibiscus Walk. Permainan mendebarkan, persembahan api, hiburan yang meriah dan pertunjukan bunga api yang menakjubkan sekali gus menambah keseronokan.

4. Tambah baik pilihan

Tetamu yang mendaftar masuk ke Panorama Pool Villas boleh meningkatkan pengalaman mereka dengan sarapan ala carte di Wave Dining dan Koktel/Mocktail Petang percuma di Lighthouse Club.

Tetamu tambahan (7 tahun dan ke atas) boleh menyertai sambutan pada harga RM450 bagi setiap orang dewasa dan RM400 bagi kanak-kanak.

Terma dan syarat dikenakan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada perayaan neon yang luar biasa ini dan mencipta kenangan bersama orang tersayang semasa menyambut tahun baru dengan gaya dan kemegahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain