suria

Bajet kecil untuk melancong? Warga kota boleh singgah di Putrajaya, anak-anak boleh main di Pantai Floria

Pelbagai lokasi menarik yang boleh dikunjungi di Putrajaya.

APABILA tibanya musim cuti sekolah, kebanyakan warga kota pasti ingin pulang ke kampung halaman bagi menikmati keseronokan bersama keluarga tercinta.

Bagi yang tidak berpeluang, anda boleh menghabiskan baki cuti tahunan di beberapa lokasi menarik sekitar Putrajaya.

Bukan sahaja dekat, malah tidak perlu mengeluarkan modal yang banyak.

Ini tiga lokasi menarik yang boleh anda kunjungi bersama keluarga, pelbagai aktiviti menarik juga dapat dilakukan.

Pemandangan lebih indah menanti pengunjung di bahagian puncaknya.

Pemandangan lebih indah menanti pengunjung di bahagian puncaknya.

1. Tangga Putrajaya Steps

Putrajaya Steps dibina dengan ketinggian 30 meter dan jarak pendakian sejauh 200 meter.

Ia turut dilengkapi struktur dan fasiliti yang membolehkan pengunjung melakukan aktiviti bersukan, beriadah mahupun rekreasi secara santai di sepanjang binaan tangga sambil menikmati panorama indah Putrajaya.

Bagi kaki gambar, anda boleh mengabadikan potret di sini kerana banyak spot menarik untuk laman Instagram mahupun TikTok.

Rekaan dan seni bina yang unik memukau pengunjung.

Rekaan dan seni bina yang unik memukau pengunjung.

2. Astaka Morocco

Anda yang pernah melancong ke Maghribi, pasti menyanjung keindahan seni bina bangunan yang penuh kreatif dan berwarna warni.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda masih boleh menghayati seni bina negara tersebut dengan mengunjungi Astaka Morocco yang terletak di Taman Botani Putrajaya.

Malah seni bina replika Astana Morocco itu serupa dengan binaan di Marrakesh kerana ia diperkenalkan atas pertukaran budaya antara Malaysia dan Maghribi.

Pengunjung juga boleh bermain pasir di Pantai Floria.

Pengunjung juga boleh bermain pasir di Pantai Floria.

3. Pantai Floria

Diwujudkan pada 1 Mac 2022, pantai buatan yang terletak di Anjung Floria merupakan antara tarikan rekreasi terbaharu di Putrajaya.

Beroperasi dari pukul 9 pagi sehingga 6.30 petang setiap hari, pantai sepanjang 100 meter itu dilengkapi kawasan lapang, air pancuran dan tempat duduk bertingkat yang selesa.

Di sepanjang sisiran tasik Anjung Floria pula terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan antaranya memancing, berkayak, bot kawalan jauh dan berkelah.

Paling menarik kawasan rekreasi ini terletak di lokasi mudah akses lengkap dengan pelbagai fasiliti antaranya cyclist cafe, surau, tandas awam serta kawasan letak kereta yang luas dan masuk adalah percuma.

Jadi apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk mengembara di Putrajaya di samping menikmati pelbagai hidangan di restoran mahupun cafe hipster yang menarik.

Percutian bajet anda pastinya menarik dan dipenuhi dengan memori indah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain