Cech pujuk Abramovich ambil Lampard ganti Sarri - Sukan | mStar

Cech pujuk Abramovich ambil Lampard ganti Sarri

Lampard dan Cech pernah bersama-sama memperkuat Chelsea sebelum ini.

HASRAT Chelsea untuk melantik Frank Lampard sebagai pengurus baharu pasukan itu mendapat lampu hijau daripada pengarah sukannya, Petr Cech.

Bekas penjaga gol Chelsea itu mengumumkan persaraannya pada hujung musim ini dengan penampilan terakhirnya ketika Arsenal tewas kepada Chelsea pada aksi final Liga Europa, 30 Mei lalu.

Namun Cech tidak menunggu lama untuk mencari pekerjaan baharu apabila dia ditawarkan jawatan pengarah sukan di Stamford Bridge.

Meskipun bekas penjaga gol berusia 37 tahun itu belum memulakan tugasnya secara rasmi, perkara utama yang menjadi keutamaannya adalah mencari pengganti Maurizio Sarri.

Menurut The Sun, pemilik Chelsea Roman Abramovich dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Marina Granovskaia sudah bercakap dengan Cech mengenai calon pengurus baharu yang sesuai.

Nama-nama seperti Javi Gracia dan Nuno Espirito Santo dikaitkan dengan jawatan itu tetapi Cech memujuk agar Lampard dibawa masuk meskipun dia kurang berpengalaman.

Namun Lampard cemerlang semasa musim pertamanya mengurus Derby County. - Metro.co.uk

Petr Cech , Frank Lampard , Chelsea

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Artikel Lain